CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPDN, KPKM bekerjasama pantau isu penipuan kampit beras

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memantau dakwaan aktiviti penipuan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import untuk mengaut keuntungan lebih.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata isu itu sebenarnya dibawah bidang kuasa KPKM namun sebagai kementerian yang bertanggungjawab atas bidang kepenggunaan, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak terbabit.

"Setakat ini kami belum menerima apa-apa aduan atau laporan rasmi dari mana-mana pihak khususnya pengguna, namun itu tidak menghalang kementerian menjalankan pemantauan segera," katanya kepada BH.

Sebelum ini BH melaporkan terdapat segelintir pemborong beras didakwa cuba memanipulasi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import.


Taktik itu dipercayai dilakukan kerana harga beras import tidak dikawal kerajaan, sebaliknya hanya diapungkan manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10 kilogram (kg).

Susulan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan Badan Selia Beras dan Padi (BKSBP) meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam penipuan kampit beras.

Katanya, jika didapati ada kesalahan, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Mengulas lanjut, Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isu ini tidak menyebarkannya ke media sosial sebaliknya membuat laporan rasmi terlebih dahulu kepada pihak berkuasa.

"Jika perkara seperti ini sudah tular di media sosial, pelaku mungkin sudah melupuskan bukti bagi mengelak daripada dikesan. Perkara ini boleh menyukarkan usaha pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku,"katanya.

Azman meminta orang ramai menghantar sebarang maklumat mengenai bekalan atau penipuan yang berlaku ke alamat emel [email protected] atau melalui talian 03-88701751/1748/1183.
https://www.bharian.com.my/berit ... nipuan-kampit-beras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037564 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list