CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Shopee sekat penjual jual patung seks berbentuk kanak-kanak

[Copy link]
Post time 2-7-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Platform e-dagang, Shopee menegaskan pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa iklan yang dilaporkan menjual patung seks menyerupai kanak-kanak.

Jurucakap Shopee berkata, pihaknya dengan segera sudah mengeluarkan penjual tersenarai berkenaan daripada platform Shopee sebaik sahaja menyedari perkara terbabit.

Menurutnya, pihaknya juga sudah menyekat sepenuhnya akaun penjual yang berkaitan secara kekal.

"Jenis kandungan yang menjijikkan ini tidak mempunyai tempat di platform kami dan kami sedang menjalankan semakan menyeluruh untuk memastikan pengguna kami dilindungi daripada penyenaraian sedemikian.

"Kami juga sedang menyiasat penjual yang terbabit. Di Shopee, kami komited untuk menyediakan semua pengguna kami pengalaman membeli-belah yang selamat, boleh dipercayai dan menyeronokkan.

"Malah, kami tidak bertolak ansur untuk sebarang bentuk penjualan barangan yang menyinggung perasaan di platform kami," katanya.

Platform e-dagang itu juga menasihatkan orang ramai untuk memfailkan aduan sekiranya mereka menemui penjual atau produk yang disenaraikan di platform yang tidak mematuhi dasarnya.

"Kami memerlukan penjual kami untuk mematuhi dasar sedia ada di Shopee serta peraturan kerajaan tempatan dan kami tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjual yang tidak mematuhinya," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai aktiviti penjualan pelbagai jenis patung seks berbentuk kanak-kanak di platform e-dagang.

Patung seks termasuk yang berpakaian seragam sekolah dan dijual pada harga ribuan ringgit itu didedahkan oleh pengguna Twitter menggunakan nama Masitah, sebelum tular di media sosial.

Malah, semakan mendapati penjualan produk seks berkenaan berlaku di Malaysia dan perniagaan berpusat di Lembah Klang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rbentuk-kanak-kanak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.122796 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list