CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula 600 kg

[Copy link]
Post time 28-6-2023 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula 600 kg


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



GAMBAR HIASAN




Bukit Mertajam: Seorang pemandu lori maut selepas dihempap mampatan kertas kitar semula dianggarkan seberat 600 kilogram (kg) dalam kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan siasatan awal mangsa adalah pemandu lori kontena syarikat sub kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja menghantar dan memunggah set kertas kitar semula menggunakan kontena yang diterima daripada pembekal ke kilang berkenaan.

"Ketika sampai di kilang, mangsa membuka pintu kontena terlebih dahulu dan membuka lampu belakang lori.

"Semasa membuka lampu lori, mampatan kertas kitar semula yang mempunyai berat lebih kurang 600 kg jatuh dan menimpa mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya.

Jelasnya, susulan daripada kejadian terbabit notis larangan dikeluarkan pihak JKKP negeri bagi menghentikan kerja-kerja memunggah set kertas kitar semula itu serta merta sehingga siasatan selesai.

"Pada masa sama, JKKP negeri juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya



Disiarkan pada: Jun 28, 2023 @ 5:47pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list