CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Melaka] Curi tabung surau, wanita dipenjara 4 bulan, denda RM1,000

[Copy link]
Post time 28-6-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Nur Hidayah (depan) dihukum penjara empat bulan kerana mencuri wang tabung surau manakala Puteri Norazila Paimen minta dibicarakan atas tuduhan itu. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad.

Melaka: Seorang wanita sarat mengandung dan adik angkatnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan mencuri duit tabung surau berjumlah RM300, April lalu.

Tertuduh, Puteri Norazila Paimen @ Mohamed Inson, 32, minta dibicarakan sementara Nur Hidayah Abdullah, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, mereka yang tidak bekerja didakwa mencuri wang tabung sebanyak RM300 milik di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya pada 7 April lalu, jam 1.50 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian boleh dipenjara dan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, bendahari surau itu (pengadu) menyedari satu daripada tabung surau diumpil ketika hendak menunaikan solat Asar.

Hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pengadu melihat dua wanita memasuki ruang jemaah lelaki dan mengumpil satu tabung di hadapan pintu masuk surau sebelum beredar beberapa minit kemudian dengan menunggang motosikal jenis SYM.

Terdahulu, Peguam Ng Fun Boon memohon hukuman ringan dikenakan terhadap Nur Hidayah dengan alasan anak guamnya itu mempunyai empat anak dengan seorang daripadanya sedang dirawat di hospital.

Beliau juga memohon jaminan rendah bagi Puteri Norazila dengan mengambil kira tertuduh kini sedang sarat mengandung lapan bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan kepada Nur Hidayah dan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi Puteri Norazila.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat bulan daripada tarikh tangkap iaitu 17 Jun lalu dan denda RM1,000 atau satu bulan penjara jika gagal bayar terhadap Nur Hidayah manakala kakak angkatnya dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan bagi serahan dokumen pada 31 Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bulan-denda-rm1000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 1.547335 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list