CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

[Pulau Pinang] Emosi sudah stabil, fokus besarkan anak - isteri Mohammad Hawari

[Copy link]
Post time 28-6-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Emosi sudah stabil, fokus besarkan anak - isteri Mohammad Hawari


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Zakaria Taib menziarahi dan berbincang keperluan keluarga Muhammad Hawari Hashim, iaitu mak dan isteri Hawari, Che Tom Hassan, 64, dan Saffiyah Tang Xie Lie, 34, yang merupakan OKU pekak dan bisu di Kampung Permatang Kerai Besar di sini. FOTO DANIAL SAAD




Tasek Gelugor: "Emosi saya sudah stabil," kata Saffiyah Tang Xie Lie, 34, isteri Muhammad Hawari Hashim, peserta Malaysia Everest (ME) 2023 yang hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu 19 Mei lalu.

Menurut Saffiyah, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, dia kini mahu fokus untuk membesarkan anak-anaknya disamping mahu memberikan pendidikan terbaik untuk mereka.

"Saya akan pertimbangkan untuk menerima tawaran kerja dari rumah oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) kerana itu lebih memudahkan saya disamping boleh menjaga anak bongsu (Haris Suffian,2) serta uruskan rumah bersama mentua.

"Apa-apa ketentuan (mengenai Hawari) saya reda dan masa sama masih berharap jasadnya dapat ditemui dalam apa jua keadaan sekali pun," katanya dengan dibantu jurubahasa isyarat.

Terdahulu Saffiyah dan mentuanya, Che Tom Hassan, 64, menerima kunjungan Pengarah JKM Pulau Pinang, Zakaria Taib di rumahnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Che Tom berkata dia dan menantunya lega apabila hasrat Muhammad Hawari Hashim yang mahu anak sulungnya mendapatkan pendidikan awal ditunaikan JKM Pulau Pinang.

Katanya, sebelum menyertai ekspedisi mendaki Everest, Muhammad Hawari ada menyuarakan untuk mendaftar Hana Sakeena, 4, di Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

"Hawari pernah kata apabila pulang dari Nepal (Everest), dia akan bawa Hana untuk daftar di PDK, malah sebelum ini Hawari pernah meninjau serta memeriksa beberapa pusat dan PDK yang sesuai untuk anaknya.

"Tetapi apabila insiden menimpa Hawari, menantu saya buntu bagaimana untuk menyekolahkan anaknya dan mujur JKM membantu mempercepatkan proses," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata, pihaknya mengambil maklum permasalahan yang menimpa berhubung keluarga Muhammad Hawari.

"Sejak awal lagi kita sebenarnya sudah berkunjung ke rumah keluarga ini termasuk mengatur sesi kaunseling yang hasil temubual serta perbincangan kita bersetuju membantu terutamanya dari sudut pendidikan serta keperluan anak-anak dan isterinya.

"Dalam pada itu, kita turut menawarkan kepada isteri Hawari bekerja di rumah yang dia akan mendapat Elaun Pekerja OKU (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan tidak termasuk upah kerja.

"Untuk anak bongsu Hawari pula, JKM akan segera memproses pendaftaran bagi membolehkan kanak-kanak berkenaan mendapatkan kad OKU serta mendapatkan bantuan alat pendengaran selepas pemeriksaan dan pengesahan doktor," katanya.



Disiarkan pada: Jun 28, 2023 @ 11:45am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040587 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list