View: 267|Reply: 0
|
[Kedah]
Kaki pecah tabung masjid diberkas
[Copy link]
|
|
Jitra: Polis berjaya menyelesaikan 10 kes pecah tabung masjid, kilang dan rumah sekitar Kubang Pasu di sini susulan tangkapan dua suspek minggu lalu.
Kes turut membabitkan pecah dan melarikan tabung masjid di Masjid Al Aqla pada Ramadan lalu sewaktu jemaah hendak menunaikan solat Subuh.
Kejadian itu tular di media sosial pada Mac lalu dan tabung itu dipercayai diheret keluar dari perkarangan masjid tetapi disebabkan terlalu berat, peti tabung itu ditinggalkan di perkarangan masjid.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chungg Tsaur berkata, suspek pertama ditahan susulan laporan dibuat jemaah Masjid Al Hidayah Taman Pasu di sini pada 5.45 pagi pada 18 Jun lalu selepas mendapati sebuah peti tabung masjid itu dipecahkan.
Katanya, siasatan mendapati, suspek memotong peti besi berkenaan menggunakan mesin pencanai sebelum mengumpil bagi melarikan wang sumbangan orang ramai.
"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu melakukan risikan dan operasi memburu suspek.
"Hasilnya suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditahan pada 12 tengah hari sama di sebuah rumah di Taman Sri Aman di sini, " katanya dalam sidang media di IPD Kubang Pasu di sini, hari ini.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-06-26_13-20-34_1687767855.jpg)
Chien Chunng Tsaur (dua kanan) menunjukkan barangan yang dirampas polis. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Chien berkata, polis turut merampas barangan curi, motosikal serta peralatan yang digunakan penjenayah terbabit dan semakan mendapati suspek terbabit dalam lapan kes pecah tabung masjid dan rumah di daerah ini.
Beliau berkata, soal siasat suspek berjaya mengesan dan menahan seorang suspek berusia 37 tahun di Jalan Ibrahim, dekat sini pada hari sama.
"Suspek kedua dipercayai bertindak sebagai "transporter" kepada suspek pertama dan mendapat upah untuk menjalankan kegiatan itu.
"Hasil siasatan mendapati, suspek pertama tidak mempunyai rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai 15 rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah serta dua kes dikehendaki polis.
"Hasil ujian saringan mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.
Chien berkata, suspek pertama juga dikesan menyamar sebagai jemaah wanita dengan memakai telekung selama beberapa hari sebelum memecahkan tabung masjid dengan menggunakan mesin pencanai.
Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu pada awal pagi manakala suspek kedua bertindak sebagai transporter dan duduk di luar masjid sebelum mereka melarikan diri.
"Kita turut merampas sebuah buku cek bank, beg mengandungi anak kunci, pemutar skru, sebatang tukul besi, telekung wanita, kain pelekat sehelai baju hujan, sebuah laptop, buku nota serta pemotong besi.
"Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 28 Jun ini di lokap Balai Polis Jitra dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-masjid-diberkas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|