View: 264|Reply: 0
|
Damok tarik diri GP Belanda
[Copy link]
|
|
FIZIKAL Damok masih belum pulih. -FOTO ZK Racing
Kuala Lumpur: Hasrat pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman untuk mempamerkan kehebatan di Grand Prix (GP) Belanda terpaksa dilupakan apabila dia menarik diri selepas sesi kelayakan semalam.
Keputusan terbabit ternyata berat buat Syarifuddin yang turut dikenali sebagai Damok berikutan keadaan fizikal belum pulih sepenuhnya sekali gus mengganggu tumpuan pelumba itu untuk mempamerkan aksi mantap.
Menurut Damok, dia agak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan litar dan jentera berikutan kecederaan yang dialaminya selepas terbabit dengan kemalangan.
"Saya kembali selepas kecederaan dan cuba untuk serasikan diri kembali dengan jentera. Sesi hari ini agak sukar kerana saya tidak dapat membuat 'hard braking' sewaktu beraksi di litar dan sukar membuat peningkatan catatan masa.
"Saya dan pasukan mengambil keputusan untuk menarik diri dari GP Belanda dan teruskan proses pemulihan dan mungkin kembali di Silverstone," katanya.
Mengikut rekod, Damok terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada GP Itali dan Jerman selepas terbabit dalam kemalangan semasa sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Mugello, baru-baru ini.
Pasukannya ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan pelumba yang lebih mesra dengan panggilan Damok itu mengalami keretakan rusuk kiri selepas terbabas dan melambung ke udara ketika sesi latihan itu.
Pada GP Itali, tempat Damok digantikan seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.
Selain itu, pelumba berusia 21 tahun kemungkinan akan beraksi di GP British dalam usahanya mengukuhkan kedudukan dalam saingan terbabit.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rik-diri-gp-belanda |
|
|
|
|
|
|
| |
|