CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Kedah] 20 individu didenda main judi belangkas

[Copy link]
Post time 22-6-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Antara sebahagian daripada 20 individu yang menghadapi tuduhan bermain judi belangkas di tempat awam di Mahkamah Majistret Alor Setar. - Foto/Zulialiaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Mahkamah Majistret, di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda antara RM1,500 hingga RM4,000 terhadap 20 individu termasuk lima wanita selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bermain judi belangkas di tempat awam, di ladang kelapa sawit di Kampung Titi Akar, Pendang, minggu lalu.

Semua tertuduh termasuk warga emas dan lima wanita terbabit berusia antara 18 hingga 78 tahun, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.

Bagaimanapun, Majistret turut memerintahkan semua mereka, iaitu 15 lelaki dan lima wanita, dipenjara antara tiga hingga enam bulan jika gagal membayar denda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 7.15 petang, 14 Jun lalu.


Semua tertuduh bekerja sebagai penoreh getah, pesara, pekerja bengkel besi, buruh, suri rumah, penganggur serta seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan sementara tertuduh kedua, Thian Din Chok diwakili peguam, Bun Liang.

Lain-lain tertuduh diwakili empat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor, Ummi Kalthum Zakaria, Siti Hajar Abdullah dan Zuriyah Mhd. Nordin.

Terdahulu dalam sesi rayuan, pihak pembelaan memohon supaya semua tertuduh dikenakan hukuman denda minimum atas faktor ekonomi, kesihatan dan sudah berusia.

Mahkamah kemudian memutuskan supaya tertuduh pertama Wone See Muah didenda RM4,000 serta dipenjara enam bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan, memandangkan dia memiliki rekod lampau berkaitan kes di bawah seksyen sama.

Bagi sembilan tertuduh lain iaitu Din Chok, Ishak, Mustafa, Sazali, Isa, Seng Chai, Yap Chuan dan Meu Siew berusia 60 tahun ke atas serta Bon Rit yang baru berusia 18 tahun, mahkamah mengambil kira faktor usia mereka sebelum menetapkan hukuman denda RM1,500 serta tiga bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda.

Selain itu, 10 lagi tertuduh didenda RM2,000 dengan mereka diarahkan menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal menyelesaikan bayaran.

Semua tertuduh kemudian membayar denda ditetapkan itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... main-judi-belangkas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.128400 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list