GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah difailkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Keputusan itu dibuat Hakim Quay Chew Soon selepas mengambil kira ulasan yang ditulis Teik Cheng dalam akhbar The Star mengenai Guan Eng dan pembiayaan untuk sekolah Cina tahun lalu sebagai komen adil dan bukannya bersifat fitnah.
Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Guan Eng membayar kos RM20,000 dan RM30,000 terhadap Teik Cheng dan The Star.
Peguam mewakili Guan Eng, K Simon Murali, berkata anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan terbabit.