CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 1

[Kedah] Kasih kakak OKU jaga adik hidap barah usus tahap empat

[Copy link]
Post time 20-6-2023 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Kasih kakak OKU jaga adik hidap barah usus tahap empat


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Siti Zaleha Saleh (kiri) mencium pipi adiknya, Rohayu yang menghidap barah usus tahap empat. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Alor Setar: "Sepatutnya saya yang bertanggungjawab menjaga kakak kerana dia orang kurang upaya (OKU), tetapi dia pula yang jaga saya selepas disahkan menghidap barah usus tahap empat.

"Kakak sanggup menjaga saya siang dan malam walaupun dia mengalami masalah pertuturan dan pendengaran serta lembam, malah kami bertutur menggunakan bahasa isyarat," kata Rohayu Saleh, 44.

Menurut Rohayu, dia dan kakaknya, Siti Zaleha Saleh, 49, kini menumpang kasih di rumah adik saudaranya, Noor Azliana Mat Isa, 33, di Taman Kebun Villa, Bukit Pinang untuk memudahkan dia berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, dia sedih mengenangkan ujian yang dilaluinya menghidap barah usus hingga menyebabkan penyakit itu sudah merebak ke beberapa bahagian dalaman badan.

"Saya dah tak mampu berjalan seperti dulu dan kakaklah yang membantu menguruskan saya termasuk memimpin saya ke bilik untuk memandikan saya, menyisir rambut dan menyuap makanan.

"Sebelum ini kami menetap di Kampung Baru Nami di Sik dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kuih moden dan tradisional untuk menampung kehidupan kami dua beradik.

"Namun sejak sakit, saya hanya bergantung pada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 yang diperolehi kakak setiap bulan untuk makan minum kami serta membeli susu formula khas dan ke hospital," katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurut Rohayu, ibu mereka meninggal kira-kira 22 tahun lalu, manakala bapa mereka pula sudah berkahwin lain.

Rohayu berkata, dia disahkan menghidap barah usus tahun lalu selepas mengalami sakit bawah perut yang disangkanya gastrik.

Katanya, selepas menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut di HSB, doktor mengesahkan dia menghidap barah usus tahap empat hingga menyebabkan berat badannya susut.

"Berat badan saya yang sebelum ini 48 kilogram (kg) kini tinggal 37 kg kerana saya kurang makan dan menggantikan susu formula khas jika tidak makan nasi tetapi harga susu yang mahal menyebabkan saya terpaksa mengehadkan minum susu.

"Kalau boleh saya nak jual kuih macam dulu nak cari duit sendiri untuk menampung kos rawatan penyakit saya ini," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0211541000076573 milik Rohayu atau menghubunginya di talian 013-8475166.



Disiarkan pada: Jun 20, 2023 @ 9:15am












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2023 09:47 AM | Show all posts




Siti Zaleha (kiri) menyuap makanan kepada adiknya, Rohayu yang menghidap barah usus tahap empat. - Foto NSTP/ Zuliaty Zulkiffli





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list