CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Kedah] Taman Eko Rimba Bukit Wang ditutup sementara

[Copy link]
Post time 19-6-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Taman Eko Rimba Bukit Wang ditutup sementara

oleh    ROSHILA MURNI ROSLI   19 Jun 2023    12:52pm





Taman Eko Rimba Bukit Wang ditutup mulai 15 Jun sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. (Notis penutupan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.)




ALOR SETAR - Taman Eko Rimba Bukit Wang di Jitra, daerah Kubang Pasu ditutup sementara waktu bermula 15 Jun sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhammad Abdullah berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada siasatan air selepas terdapat dakwaan kes kencing tikus di kawasan terbabit.

Katanya, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah pada ketika ini.

"Walaupun kes kencing tikus itu masih dalam siasatan tetapi untuk langkah- langkah pencegahan kami ambil pendekatan untuk tutup sementara dahulu taman eko rimba ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurutnya, jika siasatan oleh JKN membuktikan tiada virus kencing tikus di situ, taman eko rimba berkenaan akan dibuka semula kepada orang awam.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.039810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list