CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 1 tan makanan haiwan dari China dibawa masuk tanpa permit sah

[Copy link]
Post time 16-6-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 1 tan makanan haiwan dari China dibawa masuk tanpa permit sah


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



PEGAWAI penguat kuasa Maqis membuat siasatan ke atas makanan haiwan dari China yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import sah. FOTO Ihsan Maqis




Butterworth: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menahan kemasukan konsainan makanan haiwan dari China ketika melakukan pemeriksaan di Pintu Masuk Dermaga Air Dalam, di sini, petang kelmarin.

Pengarah Maqis negeri Muhammad Ikram Abd Talib berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Maqis mendapati makanan haiwan itu tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

Berikutan itu, katanya, semua dagangan sebanyak 182 kotak seberat lebih satu tan bernilai hampir RM17,000 itu ditahan kemasukannya bagi siasatan lanjut.

"Kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.



Disiarkan pada: Jun 16, 2023 @ 11:38am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051820 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list