CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 1

[Pulau Pinang] Wanita ditahan curi barang kemas RM90,000 milik biras

[Copy link]
Post time 13-6-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Wanita ditahan curi barang kemas RM90,000 milik biras


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan




Bayan Lepas: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai mencuri barangan kemas bernilai RM90,000 milik biras di rumah ibu mentuanya di Halaman Mayang 6, Bayan Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, barangan kemas itu disedari hilang pada November 2022, sebelum biras suspek membuat laporan polis empat hari lalu.

"Barangan kemas diletakkan di dalam beg hitam di almari ruang tamu sebelum didapati hilang pada 5 November lalu.

"Laporan polis dibuat biras suspek selepas mengesyaki barangan kemas itu dicuri wanita berkenaan. "Suspek ditahan di rumah bapanya di Sik, Kedah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, polis turut merampas sebanyak 11 resit pajak gadai, seutas rantai leher emas anggaran berat 79 gram dan sebentuk loket emas anggaran berat 26 gram.

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dengan kegiatan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Suspek yang tidak bekerja direman selama tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan, " katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook IPD Barat Daya menerusi aplikasi Messenger.



Disiarkan pada: Jun 13, 2023 @ 4:38pm












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 05:12 PM | Show all posts
rumah mami ka ni??

banyak sungguh barang kemas tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.048742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list