CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Pulau Pinang] 40 guru, 30 ibu bapa mengadu kepada CAP mengenai vape

[Copy link]
Post time 12-6-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode
40 guru, 30 ibu bapa mengadu kepada CAP mengenai vape


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KELIHATAN orang awam menghisap peranti rokok elektroknik atau dikenali sebagai vape. FOTO Aizuddin Saad




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima aduan daripada 40 guru sekolah di negara ini yang meluahkan kebimbangan mengenai pelajar, murid berusia seawal sembilan tahun yang membawa peranti vape ke sekolah tanpa berasa takut.

Seramai 30 ibu bapa di seluruh negara juga turut mengadu kepada CAP berhubung kebimbangan yang sama mengenai anak mereka.

Pegawai Pendidikan CAP dan Aktivis Anti Merokok NV Subbarow berkata, keadaan itu berlaku kerana sudah tiada peruntukan undang-undang bagi mengawalnya.

Selain mudah diperoleh, Subbarow berkata, harganya yang murah serendah RM10 setiap satu juga menyebabkan ia mampu dimiliki pelajar dan murid.

"Ini bukan lagi tugas guru bagi menyemak isu yang membabitkan pelajar membawa vape ke sekolah kerana mereka juga ada perkara lain yang perlu diselesaikan.

"Hari demi hari, ratusan kanak-kanak sekolah, pelajar, belia dan gadis muda sudah ketagihan nikotin ini," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Subbarow berkata demikian bagi mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat (GEG) yang sangat penting bagi menyelamat ratusan ribu nyawa generasi akan datang.

Subbarow berkata, semakin lama Ahli Parlimen melambatkan mengenai perkara itu, semakin ramai penagih nikotin akan muncul.

Katanya, CAP juga tidak faham mengenai RUU berkenaan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tanpa sebarang perbahasan.

"Selepas mendengar mengenai kelewatan RUU tembakau akan diserah kepada PSC, ramai ibu bapa dan guru bimbang serta kecewa," katanya.



Disiarkan pada: Jun 12, 2023 @ 3:59pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061799 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list