View: 237|Reply: 0
|
MotoGP: Marquez teruja beraksi di Mugello
[Copy link]
|
|
MARQUEZ bakal turun beraksi di Mugello bersama jentera yang dilengkapi komponen baharu. – AFP
ITALI – Selepas kira-kira tiga bulan berehat, perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kembali menemui peminat apabila 22 pelumba akan bersaing menjelang Grand Prix (GP) Itali pada hujung minggu ini.
Antaranya yang teruja kembali bersaing di Litar Mugello, Tuscany, Itali itu adalah juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez selepas mengakui tidak sabar memacu jentera RC213V yang dilengkapi komponen dan juga casis baharu dari Kalex.
Bagaimanapun, pelumba Repsol Honda tersebut mengakui Mugello antara salah satu litar yang mencabar dan berharap dia serta pasukannya dapat mencari pelarasan terbaik bagi menghadapi perlumbaan pusingan kelima pada hujung minggu ini.
“Masa untuk kembali bekerja, kami bermula di Mugello yang sentiasa menjadi hujung minggu yang sangat mencabar, litarnya sangat laju.
“Saya pernah berdepan beberapa pertarungan hebat di sana, jadi saya tidak sabar untuk bersama pasukan. Litar ini sangat baik dan mempunyai laluan lurus yang agak panjang.
“Sudah tentu kami perlu melihat apa yang boleh kami lakukan bersama pasukan terutama untuk mendapatkan pelarasan terbaik bersama jentera dan terus mencuba untuk mengorak langkah ke hadapan,” kata Marquez.
Marquez sebelum ini terlepas tiga pusingan perlumbaan apabila menjalani pembedahan tangan selepas terlibat dalam insiden pelanggaran bersama Miguel Oliveira (Aprilia) pada aksi pembukaan di Portugal.
Pelumba berusia 30 tahun itu kembali bersaing pada perlumbaan pusingan kelima di GP Perancis dengan semangat luar biasa apabila menempah petak kedua tetapi gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.
Bagaimanapun, Honda menutup GP Perancis dengan langkah positif apabila Marquez berjaya menamatkan saingan tempat kelima pada perlumbaan sprint di Le Mans.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... beraksi-di-mugello/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|