CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Perak] Kanak-kanak ditemukan 8 km dari lokasi lemas

[Copy link]
Post time 6-6-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Kanak-kanak yang hilang ketika mandi di sungai ditemui lemas oleh sepasukan anggota bomba kira-kira jam 12.35 tengahari, hari ini. FOTO IHSAN JBPM

Tanjung Malim: Kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Gelap, Simpang Empat di sini Sabtu lalu ditemukan mati lemas hari ini.

Mayat Edward Grang Jenggut , 8, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.35 tengah hari kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemukan anggota SAR dari Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM tersangkut pada pokok kayu di tebing sungai.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi SAR hari ini membabitkan 49 anggota JBPM dan lain-lain agensi membabitkan jarak pengoperasian sehingga sembilan kilometer," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu mangsa yang berasal dari Sarawak ke lokasi itu untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.

Bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan dengan berpakaian baju renang berwarna hitam bertompok hijau, selepas kanak-kanak itu hilang pada 5.06 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-dari-lokasi-lemas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.159491 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list