CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Perak] Sungai Hangai berbau jejaskan periuk nasi pekebun

[Copy link]
Post time 6-6-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Air Sungai Hangai di Gerik kelihatan keruh dan berwarna gelap selepas melalui kawasan kilang berhampiran.

GERIK – Pencemaran yang berlaku di Sungai Hangai di sini bukan hanya menjejaskan rutin harian penduduk Kampung Baharu Batu 2, malah turut memberi kesan buruk kepada golongan pekebun sayur dan pengusaha tapak semaian berhampiran.

Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan, Tajuddin M. Ali berkata, air sungai tersebut didakwa berwarna kehitaman selepas mengalir di kawasan kilang.

Justeru, mereka memohon pi­hak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memeriksa tahap pencemaran di Sungai Hangai yang didakwa tercemar akibat aktiviti perkila­ngan di kawasan berhampiran.

“Akibat daripada pencemaran itu, ada dalam kalangan pekebun tidak dapat mengusahakan tanaman mereka secara maksimum kerana terjejas pengeluaran ­ma­sing-masing, begitu juga de­ngan pemilik tapak semaian.

“Ada dalam kalangan pengu­saha tapak semaian turut kerugian ribuan ringgit kerana pokok berharga seperti bonsai tak dapat membesar akibat pencemaran itu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, air Sungai Hangai yang dipercayai tercemar sejak lima tahun lalu itu bersambung ke Sungai Kenderong sebelum ia bertemu dengan Sungai Perak.

“Kebanyakan pekebun sayur di sana berniaga secara kecil-­kecilan, jadi pendapatan dipe­roleh masing-masing sekadar cukup untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga.

“Air sungai itu bukan sahaja berwarna kehitaman, bahkan busuk sehingga meloyakan tekak,” katanya.

Katanya, masalah tersebut perlu diatasi segera kerana tahun hadapan merupakan Tahun Me­lawat Perak 2024 dan Hulu Pe­rak merupakan antara destinasi pelancongan di negeri ini.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... eriuk-nasi-pekebun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.223180 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list