View: 261|Reply: 0
|
Hamilton mahu kekal lama untuk cabar Verstappen
[Copy link]
|
|
HAMILTON (kanan) mahu kekal lama pada perlumbaan F1 dengan fokus memberi cabaran kepada Verstappen dalam perebutan gelaran dunia. – AFP
LONDON – Lewis Hamilton mendedahkan bahawa dia ingin kekal selama boleh dalam perlumbaan Formula Satu (F1) untuk mencabar Max Verstappen dalam perebutan gelaran dunia.
Hamilton memuji Mercedes kerana berjaya mempamerkan sesuatu yang positif pada Grand Prix (GP) Sepanyol dengan memacu jentera terbaik, sekali gus berpotensi mengejar Red Bull.
Kelmarin, Hamilton menamatkan perlumbaan tempat kedua manakala bintang Red Bull, Verstappen terus melebarkan kelebihan di puncak kejuaraan selepas melengkapkan kemenangan hatrik musim ini.
Hamilton mengakui dia sudah tidak sabar untuk bersaing musim depan dan dia akan bertemu dengan prinsipal Mercedes, Toto Wolff untuk menyelesaikan perjanjian baharu selepas kontrak juara dunia tujuh kali itu akan tamat pada akhir tahun ini.
“Saya mahu terus bersaing selama yang boleh. Tetapi saya mahu berada di mana dia (Verstappen) berada atau berlumba dengannya. Perjalanan masih panjang, tetapi masih ada masa.
“Misi saya tidak pernah berubah (gelaran dunia kelapan) dan saya berada di tempat hebat.Saya mempunyai segala-galanya untuk bantu saya fokus.
“Ketika ini saya belum menandatangani sebarang perjanjian, tetapi saya akan bertemu dengan Wolff dalam tempoh terdekat ini. Mudah-mudahnya segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
“Kami telah mengadakan begitu banyak mesyuarat dan ini adalah satu lagi pertemuan. Tetapi kontrak itu sentiasa berada di belakang fikiran saya. Jadi apabila ia selesai, maka saya boleh lebih fokus pada masa depan,” dedah Hamilton.
Dalam pada itu, Hamilton percaya langkah positif yang dicapai pada jentera mampu membantu mereka meraih satu lagi keputusan lebih baik pada perlumbaan akan datang.
“Kami memiliki jentera terbaik semula dalam tempoh selama setahun setengah yang lalu. Ini adalah hasil usaha keras semua yang membina jentera terbaik. Ia bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk semua orang dalam pasukan ini.
“Saya tahu pasukan ini ada sesuatu untuk bergerak ke hadapan dan saya berharap menjelang akhir tahun ini Mercedes mampu mencabar perlumbaan semula,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... k-cabar-verstappen/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|