CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Mereka dapat daging, kita dapat pahala'

[Copy link]
Post time 4-6-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode

ZULKIFLI (kiri) mengagihkan daging sembelihan korban di Yaman pada tahun lalu.

Kuala Lumpur: Dua puluh lokasi pilihan untuk menyertai ibadah korban sewajarnya dimanfaatkan orang ramai untuk memilih yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing dan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Zulkifli Wahijan berkata, kepelbagaian lokasi yang ditawarkan adalah satu kemudahan kepada umat Islam di Malaysia supaya dapat melaksanakan ibadah korban dengan lebih sempurna.

"Dalam melakukan ibadah korban, Allah inginkan yang terbaik daripada kita. Terbaik ini luas maksudnya, antaranya menuntut kita memilih haiwan korban yang paling baik berdasarkan kemampuan kita.

"Lebih baik juga jika daging sembelihan korban kita memberi manfaat kepada golongan yang amat memerlukan. Lebih ramai dapat manfaat, lebih bagus. Mereka dapat daging, kita dapat pahala…insya-Allah.

"Justeru, umat Islam di Malaysia harus manfaatkan program QurbanCare MCM untuk melakukan ibadah korban terbaik, mudah-mudahan bakal menerima ganjaran yang terbaik juga oleh Allah SWT," katanya.

Zulkifli berkata, 20 negara yang menjadi pilihan MCM untuk pelaksanaan ibadah korban tahun ini ialah Kemboja, Myanmar (Rohingya), Filipina (Mindanao), India, Nepal, Pakistan, Afghanistan, Palestin, Syria, Yaman, Mesir, Chad, Tanzania, Niger, Nigeria, Poland, Brazil, Mexico dan Peru, selain Malaysia.

Menurutnya, hampir semua lokasi luar negara yang dipilih MCM itu adalah negara yang penduduknya dibelenggu kemiskinan dan amat sukar menikmati makanan berkualiti.

"Sebagai contoh, ada penduduk di negara Afrika yang tidak pernah makan daging lembu atau kambing. Jadi, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik itu," katanya

MCM menyasarkan kutipan sumbangan orang ramai sebanyak RM2 juta melalui sembilan pakej bermula daripada RM390 hingga RM2,100 untuk satu bahagian lembu dan RM450 hingga RM1,900 untuk seekor kambing.

Harga ditawarkan berbeza mengikut lokasi. Sebagai contoh, harga paling murah RM390 untuk satu bahagian lembu adalah di Kemboja dan paling mahal RM2,100 adalah di Palestin.

Orang ramai yang ingin menyertai korban anjuran MCM boleh mendaftar di pautan: https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/qurban-care-2023.

Bayaran boleh dibuat melalui akaun Muslim Care Malaysia: Maybank 564490413882 (Rujukan: Korban Kemboja - contoh ) dan hantar slip bayaran ke talian hotline: 011-50050035 atau Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail (016-997 8323).

Zulkifli berkata, dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun melakukan ibadah korban di dalam dan luar negara, insya-Allah amanah daripada orang ramai akan disempurnakan MCM dengan sebaik-baiknya.

Resit rasmi, sijil penyertaan dan pautan gambar juga disediakan kepada peserta korban sebaik saja ibadah korban selesai dilaksanakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-kita-dapat-pahala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.705883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list