CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Selangor] Lelaki selamba berseluar dalam lalu depan rumah jiran

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang lelaki disyaki warga asing tanpa segan silu hanya memakai seluar dalam sambil berjalan-jalan di kawasan koridor di sebuah rumah flat.

Tindakan lelaki itu sempat dirakam salah seorang penduduk sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini, dia meluahkan rasa kurang senang apabila di kawasan perumahannya itu telah dihuni ramai warga asing sehingga menimbulkan beberapa gangguan kepada penghuni lain termasuklah dari segi keselamatan serta keselesaan.

“Apabila warga asing dah terlalu ramai macam ini lah.

“Kalau hidup berjiran dengan orang luar ini memang menyakitkan hati aku sahaja, nasib aku yang nampak, kalau bini aku? Tak ke aku jadi mangsa,” luahnya pada kapsyen video yang dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pelbagai reaksi berhubung situasi tersebut.

“Selamba sahaja mereka jalan-jalan depan rumah orang separuh bogel macam itu, naik ketumbit mata jiran nanti,” kata seorang pengguna.

“Tindakan seperti ini satu ganggu seksual juga, lapor kepada pihak berkuasa untuk mereka periksa, takut permit apa pun tak ada masuk Malaysia ni,” pesan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... -depan-rumah-jiran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.086701 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list