CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Melaka] Didenda RM4,000 memiliki tiga telefon bimbit dicuri

[Copy link]
Post time 1-6-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode

MIOR Mahamad Rizuan hadir di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Seorang penganggur didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan memiliki barang curi membabitkan tiga telefon bimbit pelbagai jenama, minggu lalu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mior Mahamad Rizuan Mior Ahmad yang mengaku salah dan disabitkan dengan pertuduhan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki tiga telefon bimbit curi jenama Oppo, Vivo dan Huawei yang dilaporkan hilang milik pekerja kontrak pembinaan warga asing bernama Atazul membabitkan kerugian RM2,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Tapak Pembinaan Rumah Lot PT, Mukim Lintang, di sini, pada 25 Mei lalu, kira-kira 7.30 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lefon-bimbit-dicuri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.215030 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list