CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1714|Reply: 23

Nak Beli Nasi Lemak Pun Dah Macam VIP, Siap Bentang Karpet Merah!

[Copy link]
Post time 30-5-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Wah! Dah macam golongan VIP atau artis nak ambil anugerah apabila pelanggan disambut dengan hamparan permaidani merah hanya untuk membeli sebungkus nasi lemak daun pisang.




Gerai nasi lemak yang membentangkan karpet merah untuk menghargai pelanggan.




Baru-baru ini, tular sebuah gerai nasi lemak di belakang pusat beli-belah Aeon Mall di Seksyen 13, Shah Alam selepas membentangkan karpet merah khas buat para pembeli.


Pengusahanya, Mohd Ali Jainneh, 33, berkata, idea itu timbul selepas dia terlihat sebuah gerai laksa di Pahang yang membentangkan karpet hitam.


"Saya lihat ia lebih kemas dan cantik. Jadi, saya bentangkan pula karpet merah di gerai nasi lemak sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang beratur.


"Karpet merah itu dilihat sebagai satu keunikan yang membuatkan ramai teruja, tanpa mempunyai rasa perlu menunggu lama atau beratur panjang," katanya kepada mStar.




Antara reaksi pelanggan melalui permaidani merah.




Lebih dikenali sebagai Ustaz Ali, bekas imam itu mengusahakan bisnes nasi lemak bermula di Samarahan, Sarawak sejak lapan tahun lalu sebelum berpindah ke Shah Alam.


"Cawangan pertama di Shah Alam di Seksyen 18 dan cawangan kedua ini baru seminggu beroperasi. Tapi kami baru bentangkan karpet merah sejak empat hari lalu.


"Kalau karpet merah, orang hanya fikir anugerah atau artis. Sekarang orang biasa pun boleh merasai pengalaman yang sama macam artis dengan membeli nasi lemak," ujarnya yang berasal dari Tamparuli, Sabah.






Nasi lemak daun pisang menjadi perhatian ramai.




Dengan panjang berukuran kira-kira 6 meter, karpet merah itu dapat membantu memeriahkan gerai nasi lemak yang beroperasi dari pukul 7 malam sehingga 11 malam kecuali Ahad.


Ustaz Ali yang juga bekas pensyarah tidak menyangka gerai yang baru dibuka itu menerima sambutan amat menggalakkan sehingga menyaksikan barisan beratur yang agak panjang.


"Disebabkan sambutan itu, kami tambah lagi karpet merah menjadikan keseluruhan hampir 20 meter bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang beratur panjang.


"Dengan adanya karpet merah, ia membuatkan pelanggan akan beratur mengikut barisan, sekali gus memberi isyarat kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dengan kehadiran orang ramai di bahu jalan," tambahnya.




Selain karpet merah, turut disediakan kerusi untuk kemudahan para pelanggan.




Selain menghargai pelanggan menerusi hamparan permaidani merah, kata Ustaz Ali, pihaknya turut menyediakan air balang secara percuma setiap Khamis.


"Air balang percuma ni kita bagi secawan seorang. Ada satu hari tu lebih 200 cawan kita edarkan secara percuma," katanya yang turut memasang tiang besi untuk kemudahan pelanggan beratur.




Pelanggan beratur mengikut barisan.




Bukan sekadar itu, Ustaz Ali memaklumkan gerai nasi lemaknya turut menyediakan sejumlah kerusi sebagai kemudahan untuk orang yang menunggu.


"Bagi pelanggan khas seperti wanita hamil, warga emas dan orang kurang upaya (OKU), mereka boleh WhatsApp order lebih awal dan datang ambil tanpa perlu menunggu.


"Kepada pelanggan lain pula, diharapkan semua bertimbang rasa dan beratur mengikut giliran. Utamakan siapa yang datang dahulu, kalau ada kawan yang datang kemudian eloklah pesan saja kepada rakan di hadapan tanpa perlu memotong barisan orang lain," katanya lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 08:42 AM | Show all posts
berjalan atas karpet merah pun dah gembira... mudah gembira orang malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:37 AM | Show all posts
jual makanan kalau sedap dan harga berbaloi memang beratur panjang
tak kira ada karpet ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:40 AM | Show all posts
suka hati la karpet apa pun..asal bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang gembira,senang terhibur,senang simpati,senang tertipu..senang hilang ingatan..itu la mulayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:12 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-5-2023 09:42 AM
Senang gembira,senang terhibur,senang simpati,senang tertipu..senang hilang ingatan..itu la mulayu
{ ...




btw nmpk sedap nasi lemak tu
sambal nmpk gelap mcm lama masak atas api
suka sambal yg mcm ni


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 10:22 AM | Show all posts
nasi lemak tamparuli ni.. klu pagi niaga di sek 19 shah alam. sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:26 AM | Show all posts
gerai nasi kukus area aku dah lama buat camni, awat tak femes sekali

customer ramai ja aku tengok. yang jual pun sepesen macam ni, semua lelaki pakai kopiah

actually Iols suka gak diorang pakai kopiah berniaga makanan, tutup kepala gituuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 10:37 AM | Show all posts
Ni menantu Pisang Goreng Azmi kat Sek18 Shah Alam tu. Biasa jual nasik lemak pagi2 kat situ. Sekarang kat belakang Aeon Shah Alam jual malam plak. Nak promo la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:42 AM | Show all posts
masalahnya sedap ke tak nasi lemak nya. tgk gambar nampak mcm tak sedap. ikan bilis jenis liat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 30-5-2023 10:42 AM
masalahnya sedap ke tak nasi lemak nya. tgk gambar nampak mcm tak sedap. ikan bilis jenis liat

Bagi i, sedap. Tapi yg i makan tu cawangan 1st dia, n i assume dia central kitchen la kot. Sambal dia nmpk mcm hangit (sbb warna gelap) tapi sedap btl. Ikan bilis dia guna is ikan bilis sabah yg halus2 tu. Tapi tgk kat gambar atas ni, ikan bilis dia besar2 pulak. Takkan dah tukar jenis ikan bilis. So ikut selera i, sedap (nasi lemak+sambal), tapi husband i x suka sgt sbb dia pening kepala lepas makan. Husband i sejenis allergy msg. Tapi ni i x confirm la sambal dia ada msg ke tak, risau menuduh pulak,  tapi org yg allergy msg mcm husband i akan pening setiap kali makan nasi lemak ni. Ni review i la yg pernah makan nasi lemak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:33 PM | Show all posts
Mana dia dapat tiang barrier yang macam kat bank tu, ada jual eh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak minat sambal merah gelap. Aku prefer sambal yang merah hati.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:12 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-5-2023 05:33 AM
Mana dia dapat tiang barrier yang macam kat bank tu, ada jual eh?

ada jual nok.. dulu pernah beli utk expo company. mahal juga harga nya. maybe skang dah murah kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:13 PM | Show all posts
botol_tritan replied at 30-5-2023 03:40 AM
Bagi i, sedap. Tapi yg i makan tu cawangan 1st dia, n i assume dia central kitchen la kot. Sambal  ...

nasi lemak org yg sama ke. kalau bilis sabah yg rangup tu sedap la. krup krap krup krap. kalau jenis liat tu, lenguh mulut nak kunyah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:36 PM | Show all posts
_blackbird replied at 30-5-2023 04:12 PM
ada jual nok.. dulu pernah beli utk expo company. mahal juga harga nya. maybe skang dah murah kot
...

ada eh? no need to break in the bank then, syukur

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 04:39 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-5-2023 08:36 AM
ada eh? no need to break in the bank then, syukur

tak perlu... skang ada shopee lagi senang nak cari. dulu cam susah juga nak cari supplier yg jual harga pon yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:43 PM | Show all posts
_blackbird replied at 30-5-2023 04:39 PM
tak perlu... skang ada shopee lagi senang nak cari. dulu cam susah juga nak cari supplier yg jual  ...

ha ah lah lupa lak

tak lama lagi anak pun ada jual kat shopee tu


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:47 PM | Show all posts
Yang penting sedap
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 05:05 PM | Show all posts
kebanyakkn zmn skg juai nasi lemak sambal cair
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050045 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list