View: 158|Reply: 0
|
Antony cetus bimbang Man United
[Copy link]
|
|
ANTONY dikasari pemain lawan. FOTO AFP
London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengakui kecederaan yang di alami Antony agak serius dan beliau semakin bimbang memikirkan perlawanan akhir Piala FA tanpa pemain itu.
Pemain sayap kanan itu diusung keluar semasa separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford yang menyaksikan Red Devils menang 4-1.
Pemain Brazil itu terjatuh selepas berjaya melepasi beberapa pertahanan Chelsea sebelum dicabar oleh seorang lagi pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah sebelum tamat separuh masa pertama.
Ketika ditanya mengenai tahap kecederaan Antony selepas perlawanan, Ten Hag berkata dia tidak tahu mengenai tahap kecederaan yang dialaminya.
"Semua orang telah melihat sendiri dia dibawa keluar ketika perlawan.
"Saya hanya boleh beritahu kecederaan dia agak serius tetapi kami juga perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status kecederaannya," katanya.
United sebelum ini terpaksa meneruskan perlawanan Liga Juara-Juara tanpa kehadiran pemain sayap itu yang menjadi watak penting kejayaan mereka setakat musim ini.
Insiden itu menyaksikan Antony terjatuh di padang dan cuba bangun untuk menuntut keadilan sebelum berguling-guling dalam kesakitan.
Kebimbangan mula memuncak apabila pemain berusia 23 tahun itu mula memegang kakinya sambil menahan kesakitan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bimbang-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|