CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

F1: Aston Martin nafi tiru Red Bull

[Copy link]
Post time 21-5-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

REKA bentuk jentera AMR23 dikatakan hampir sama dengan jentera milik Red Bull sehingga menimbulkan perdebatan. - AFP


LONDON – Pengarah Kejuruteraan Aston Martin, Luca Furbatto menafikan bahawa mereka meniru reka bentuk jentera pasukan Red Bull hingga membantu pasukan tersebut mengatasi Mercedes dan Ferrari pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Ketika ini, Aston Martin dilihat salah satu pasukan pencabar untuk mengekang Red Bull daripada terus mencapai kemenangan mudah pada saingan F1 2023 sejurus merekrut beberapa individu berprofil tinggi untuk bersama mereka.

Paling ketara, Aston Martin berjaya membawa masuk Dan Fallows pada tahun lalu sekali gus menjadi salah seorang individu yang bertanggungjawab membangunkan reka bentuk terbaik pada jentera AMR23 musim ini.

Bagaimanapun, Furbatto mendakwa bahawa agak mustahil mereka mampu meniru reka bentuk jentera Red Bull RB19 berikutan perjanjian mereka bersama Mercedes.

“Jelas sekali terdapat perbincangan dan juga terdapat provokasi berkenaan soal reka bentuk jentera. Tetapi, agak mustahil kerana kami menggunakan unit kuasa dari Mercedes. Pada dasarnya kedua-dua jentera adalah seni bina yang berbeza

“Adalah adil untuk mengatakan Fallows telah membawa pendekatan yang berbeza terutama dari segi aerodinamik kami. Jika anda melihat pada musim lalu, separuh kedua musim lalu, kami telah membuat satu penambahbaikan yang baik pada jentera.

“Saya fikir adalah adil untuk mengatakan jentera baharu tersebut adalah hasil usaha berpasukan, kami benar-benar bermula dari sehelai kertas kosong dan perubahan dan penambahbaikan dilakukan 360 darjah,” tegas Furbatto.

Untuk rekod, Fallows adalaah individu penting yang membangunkan reka bentuk aerodinamik Red Bull dan beliau menyertai Red Bull pada 2006 hingga meletakkan Sebastian Vettel meraih gelaran dunia pada 2010.

Ketika ini, Alonso yang menyertai Aston Martin berada di kedudukan ketiga keseluruhan selepas mengumpul 75 mata apabila berjaya meraih penamat tempat ketiga sebanyak empat kali dalam lima pusingan perlumbaan musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... nafi-tiru-red-bull/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.411958 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list