CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

[Kedah] Orang ramai teruja latihan aerobatik LIMA'23

[Copy link]
Post time 20-5-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai teruja latihan aerobatik LIMA'23


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



Orang teruja menyaksikan aksi pasukan aerobatik pasukan Al-Fursan dari Emiriah Arab Bersatu di Bukit Pemandangan Indah, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN




Langkawi: Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa keluarga menyaksikan latihan pertunjukan udara sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23), hari ini.

Pekarangan Rumah Kakitangan Malaysia Airport Berhad (MAB) menghala ke Kampung Bohor Chempedak dan Bukit Pemandangan Indah sesak seawal jam 7 pagi, walaupun pertunjukan udara hanya bermula jam 9 pagi.

Latihan sebelah pagi membabitkan pesawat dan jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia, manakala pasukan aerobatik luar negara menggegarkan ruang udara pulau ini mulai jam 12 tengah hari.

Pengunjung tempatan, Rahimi Yusof, 41, berkata beliau dan lima ahli keluarganya tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan latihan dan pertunjukan udara bagi menimba pengalaman baru.

"Saya datang awal bersama keluarga untuk mengambil tempat yang strategik supaya tidak terlepas peluang menyaksikan formasi pertunjukan udara membabitkan pasukan aerobatik terhebat di dunia.

"Menonton pasukan aerobatik mengadakan latihan tak perlu bayar apa-apa, jadi eloklah bawa keluarga bersama kerana sekurang-kurangnya mereka turut mendapat pengalaman baru," katanya.

Kanak-kanak turut tidak ketinggalan menyaksikan pertunjukan udara, walaupun terpaksa berdiri dalam cuaca panas terik dan menggunakan teropong untuk menonton latihan berkenaan.

Antara pasukan aerobatik yang mengadakan latihan pertunjukan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini, termasuk Jupiter (Indonesia), August 1st (China), Black Eagles (Korea Selatan), Emiriah Arab Bersatu (Al Fursan) dan Russia (Russian Knight).

Pameran LIMA yang kini memasuki edisi ke-16 sejak diperkenalkan pada 1991 dijadual berlangsung selama lima hari bermula Selasa ini.



Disiarkan pada: Mei 20, 2023 @ 1:27pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199105 Replies : 4661
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11652 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2020 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 9381 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056836 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list