CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Johor] Penduduk mengeluh air keruh, badan jadi gatal

[Copy link]
Post time 17-5-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

ZULKIFLI Ahmad menunjukkan kualiti air di rumahnya di Koris. FOTO Ali Iqbal

Batu Pahat: "Selepas mandi, badan jadi gatal dan lebih teruk tubuh anak saya mengalami kemerahan," kata Hasfaniza Hamid, 36, penduduk Taman Desa, Yong Peng di sini yang mendakwa beberapa kawasan di daerah ini berdepan masalah air keruh.

Dia mendakwa masalah itu berlaku sejak beberapa hari lalu malah ada kawasan berhadapan dengan situasi sedemikian sejak bulan lalu dan berlarutan sehingga kini.

Disebabkan itu penduduk menggunakan alternatif dan ada yang menadah air dalam bekas atau tempayan dan membiarkan beberapa jam supaya keladak mendap untuk digunakan memasak atau mandi.

Menurut Hasfariza, pada mulanya dia menyangka mesin basuh di rumahnya rosak kerana terdapat kesan tompokan pada pakaian selepas dibasuh.

"Selepas letak penapis dekat laluan air mesin basuh, baru saya tahu masalah disebabkan kualiti air.

"Penapis pada asalnya bersih bertukar coklat. Jadi, cara untuk elak pakaian bertukar warna, saya kena letak penapis setiap kali membasuh baju.

"Untuk memasak atau mandi pula, saya akan menadah air untuk memastikan keladak turun dan air betul-betul jernih sebelum digunakan," katanya ketika ditemui.

Difahamkan, antara kawasan di daerah ini yang mengalami masalah ini ialah Parit Raja, Parit Haji Rais, Ayer Hitam, Yong Peng, Peserai, Sri Gading, Koris, Bukit Batu, Senggarang, Sungai Ayam serta Parit Sulong.

Seorang lagi pengguna, Zulkifli Ahmad, 61, berkata masalah itu berlaku sejak lima hari lalu menyebabkan dia sekeluarga menggunakan air yang ditapis untuk membilas pakaian sekolah anaknya.

"Kualiti air sejak kebelakangan ini amat mengecewakan, itu belum lagi masalah lain berlaku terhadap kami sekeluarga. Selepas mandi anak-anak pasti akan mengadu gatal badan.

"Masalah ini bukan sekali dua berlaku malah jika ada kerja penyelenggaraan paip, bekalan air diterima seakan-akan kopi 'o'," katanya.

Bagi Asiah Abdul Rahman, 76, yang menetap di Kampung Parit Balak di sini, dia terpaksa menggunakan air ditapis untuk minum kerana bimbang tahap kebersihan air paip di rumahnya.

"Anak saya buat kuih untuk berniaga pun menggunakan air ditapis. Malah, jika berlaku air keruh, kami tidak akan membasuh baju dan membiarkan sehingga air kembali jernih," katanya.

Sementara itu, penduduk di daerah ini juga menggunakan media sosial untuk meluahkan masalah mereka kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-badan-jadi-gatal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.622590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list