View: 216|Reply: 0
|
FAM, QFA jalin kerjasama
[Copy link]
|
|
Presiden Persatuan Bolasepak FAM (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Presiden Persatuan Bolasepak Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani bagi memperkasa enam bidang dalam bola sepak di Doha, semalam. Gambar ihsan FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan mempergiat kerjasama bola sepak dan mengeratkan hubungan dua negara.
MoU berkenaan ditandatangani semalam di Doha, Qatar di antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan Presiden QFA, Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani di pejabatnya di Al-Bidda Tower, Doha.
MoU selama setahun ini akan diperbaharui secara automatik setiap setahun dengan tempoh perjanjian tidak lebih lima tahun.
Ia membabitkan kerjasama dalam enam bidang iaitu pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, bola sepak wanita, perlawanan persahabatan serta kem untuk pasukan kebangsaan belia.
Selain itu,struktur dan operasi perlawanan belia serta pembangunan futsal turut menjadi fokus dalam kerjasama terbabit.
Hamidin berkata, perjanjian itu menyaksikan kedua dua pihak setuju untuk bekerjasama bagi membina hubungan yang erat antara persatuan masing-masing demi manfaat bersama juga promosi, pertumbuhan dan kejayaan bola sepak antara dua negara.
"Ini juga bagi melindungi nilai dan tradisi sukan ini memandangkan bola sepak bukan sahaja untuk aktiviti ekonomi, tetapi ia juga instrumen sosial dalam persefahaman antarabangsa," kata Hamidin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... qfa-jalin-kerjasama |
|
|
|
|
|
|
| |
|