CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

Fesyen pelik Hamilton hanya mahukan perhatian

[Copy link]
Post time 11-5-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON (tengah) sering dilihat mengenakan fesyen pelik. FOTO AFP

London: Bekas pemandu Formula Satu (F1), Ralf Schumacher percaya Lewis Hamilton 'sangat marah' selepas ditewaskan oleh rakan sepasukan di Mercedes, George Russell di Grand Prix (GP) Miami.

Hamilton dimalukan oleh rakan sepasukannya yang lebih muda di Miami selepas melalui sesi kelayakan yang paling teruk di bumi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua pemandu Mercedes itu memperoleh suntikan semangat pada perlumbaan Ahad lalu apabila Russell dan Hamilton masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam untuk merapatkan jurang dengan Aston Martin dalam kejuaraan pengeluar.

Menulis untuk Sky Deutschland, Schumacher mendakwa bahawa Hamilton hanya mahukan perhatian dan itu terbukti menerusi pilihan fesyen pakaiannya.

"Lewis Hamilton pada masa ini pastinya sangat marah. Dia tidak biasa tidak menang. Dia mahukan perhatian, anda sentiasa boleh melihatnya menerusi pakaiannya.

"Di Miami dia menamatkan saingan di belakang rakan sepasukannya, George Russell. Ia adalah kemuncak kemarahan untuk Hamilton," tulis Schumacher.

Schumacher percaya Mercedes perlu merapatkan jurang dengan Red Bull, berbanding Ferrari atau Aston Martin.

"Sama ada Red Bull cukup berbahaya sekali lagi musim ini akan diketahui pada pusingan di Eropah apabila banyak data terkini akan diperlolehi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-mahukan-perhatian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.110187 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list