View: 201|Reply: 0
|
Quartararo mahu bangkit di Le Mans
[Copy link]
|
|
FABIO Quartararo. FOTO AFP
Le Mans: Fabio Quartararo akan kembali di halaman sendiri untuk pusingan perlumbaan dekat Le Mans selepas hanya meraih satu podium daripada lapan perlumbaan serta menduduki tempat ke-11 kedudukan pelumba.
Pusingan perlumbaan di Jerez baru-baru ini adalah pencapaian paling terendah Quartararo setakat ini yang bermula di petak ke-16,
Pelumba Yamaha itu tidak meraih mata pada perlumbaan pecut apabila menduduk tempat ke-12 sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 selepas dikenakan hukuman dua penalti 'long lap' pada perlumbaan sebenar.
"Saya mengharapkan keputusan lebih baik apabila tiba di Jerez, jadi kini saya mahu menebus kekecewaan itu di Le Mans pada minggu ini.
"Kami mahu melupakan segala 'drama' pada perlumbaan terakhir. Saya hanya mahu fokus kepada tugas yang perlu kami hadapi selepas ini serta matlamat yang ingin dicapai.
"Ia adalah perlumbaan di halaman sendiri, jadi saya tidak sabar untuk bertemu penyokong. Saya mahu kekal positif dan lakukan yang terbaik. Harap saya dapat keputusan lebih baik," katanya.
Quartararo menghabiskan sesi ujian di Jerez selepas tamat perlumbaan dengan mencuba casis, aero dan bahagian ekzos baharu untuk jentera M1 miliknya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bangkit-di-le-mans |
|
|
|
|
|
|
| |
|