View: 196|Reply: 0
|
Inter hampiri final Liga Juara-Juara
[Copy link]
|
|
Inter hampiri final Liga Juara-Juara
DZEKO meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
Milan: Inter Milan tinggal selangkah lagi untuk mara ke pentas final Liga Juara-Juara selepas meraih kemenangan mengagumkan 2-0 ke atas AC Milan pada aksi separuh akhir pertama, awal pagi tadi.
Inter mempunyai kelebihan menjelang aksi timbal balik dengan Milan, Rabu ini hasil jaringan Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan dalam tempoh 11 minit pertama perlawanan.
Inter berpeluang menambah gol namun dua peluang terbaik menerusi Hakan Calhanoglu dan Dzeko pada awal separuh masa kedua, gagal menghasilkan gol.
Bagaimanapun mereka masih menjadi pilihan utama untuk mara ke final pertandingan paling berprestij membabitkan kelab Eropah itu buat kali pertama sejak kali terakhir memenanginya 13 tahun lalu.
"Kadang-kadang saya tidak menjaringkan gol dan itu sahaja yang sering diperkatakan, tetapi saya juga menyumbang kepada perkara yang lain.
"Hari ini saya bekerja untuk pasukan dan itulah yang diperlukan dalam perlawanan yang begitu besar," kata Dzeko kepada Prime Video selepas meraih gol ketiganya sejak Januari lalu.
Melangkah ke pentas final akan menjadi lebih manis untuk Inter kerana ia akan dapat membalas dendam kekecewaan mereka di separuh dan suku akhir apabila tumpas di tangan Milan pada 2003 dan 2005.
Pemenang perlawanan itu akan menentang juara bertahan Real Madrid atau Manchester City pada pentas final, 11 Jun ini. Kedua-dua pasukan seri 1-1 ketika berentap di Sepanyol, semalam.
"Kami melepaskan dua gol awal. Bertemu Inter agak sukar untuk bangkit semula. Kami sangat kecewa kerana percaya mampu beraksi lebih baik terutamanya di awal permainan.
"Tapi kami perlu kekal percaya mampu melangkah ke final," kata pertahanan Milan, Fikayo Tomori kepada Prime Video.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... al-liga-juara-juara
|
|
|
|
|
|
|
| |
|