CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Komputer ramal Man City juara Liga Perdana Inggeris

[Copy link]
Post time 9-5-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode

Komputer super meramalkan Manchester City akan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. - Foto REUTERS

LONDON: Manchester United dan Liverpool bersaing sengit untuk tangga keempat Liga Perdana Inggeris musim ini.

United kendalian Erik ten Hag yang bermain kurang satu perlawanan mempunyai kelebihan satu mata ke atas anak buah Jurgen Klopp.

Bagaimanapun dua kekalahan 1-0 berturut-turut di tangan Brighton dan West Ham menjejaskan misi Eropah United, manakala Liverpool pula bangkit daripada keputusan seri 2-2 di Arsenal bulan lalu dengan lima kemenangan berturut-turut.

Laman web pertaruhan, FiveThirtyEight, menggunakan data dan statistik perlawanan sepanjang musim untuk meramalkan kedudukan setiap pasukan di akhir musim ini.

United diramalkan akan terus mempertahankan kedudukan di tangga keempat manakala Liverpool kekal di tangga kelima.

Komputer super turut meramalkan Manchester City akan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan mengatasi Arsenal sebanyak empat mata.

Brighton akan layak ke saingan Liga Europa musim depan bersama Liverpool manakala Tottenham akan mengatasi Aston Villa untuk tiket ke Liga Konferens Eropah.

Di kelompok bawah, Nottingham Forest akan mengatasi Leeds United untuk kekal di Liga Perdana Inggeris - dengan skuad kendalian Sam Allardyce bakal tersingkir bersama Everton dan Southampton. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-perdana-inggeris
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036491 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list