View: 187|Reply: 0
|
Ronaldo tolak pegawai pasukan lawan
[Copy link]
|
|
Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikerumuni pemain dan pegawai pasukan Al-Khaleej yang mahu bergambar dengannya selepas aksi di Stadium Al-Awwal, Riyadh. - Foto AFP
RIYADH: Cristiano Ronaldo menolak salah seorang kakitangan pasukan lawan yang cuba bergambar dengannya selepas Al-Nassr diikat 1-1 oleh Al-Khaleej.
Selepas perlawanan, bintang Al-Nassr itu menjadi tumpuan pemain dan pegawai pasukan lawan dan Ronaldo terpaksa memberi jersinya kepada salah seorang pemain Al-Khaleej.
Bagaimanapun dia mula hilang sabar dan menolak salah seorang pegawai pasukan lawan yang mahu berswafoto dengannya.
Ia hari yang mengecewakan buat Ronaldo, dengan keputusan itu menjejaskan harapan Al-Nassr untuk memenangi Liga Pro Saudi.
Ronaldo menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid dan pasukannya kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Al-Ittihad.
Fabio Martins meletakkan Al-Khaleej di depan pada minit keempat sebelum Alvaro Gonzalez menyamakan kedudukan 13 minit kemudian.
Al-Nassr akan bertandang ke laman Al-Ta'ee pada 16 Mei ini.
Sejak perpindahan ke Al-Nassr, Ronaldo sudah menjaringkan 12 gol dalam 13 aksi liga, bagaimanapun spekulasi mengatakan pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan meninggalkan kelab berkenaan.
Media Sepanyol melaporkan, Florentino Perez memberi jaminan Ronaldo akan memainkan peranan di Santiago Bernabeu, tetapi bukan sebagai pemain.
Menurut Presiden Real Madrid itu, era Ronaldo sebagai pemain sudah berakhir tetapi dia akan ditawarkan tugas sebagai duta kelab gergasi Sepanyol itu.
Ronaldo adalah legenda di Real Madrid, menjaringkan 451 gol dalam 438 penampilan bersama kelab itu.
Sekiranya bintang Portugal itu terus kekal di Arab Saudi, dia berkemungkinan bertemu kembali seteru tradisinya di La Liga, Lionel Messi yang dilaporkan akan berpindah dari Paris Saint-Germain ke Al-Hilal. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... gawai-pasukan-lawan |
|
|
|
|
|
|
| |
|