CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Martinez tidak dapat teruskan aksi baki EPL

[Copy link]
Post time 15-4-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

MARTINEZ terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan. FOTO Reuters

London: Manchester United berdepan masalah berganda di bahagian pertahanan selepas Lisandro Martinez tidak dapat meneruskan baki Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan Raphael Varane juga perlu diketepikan untuk beberapa minggu selepas ini.

Kedua-dua pemain mengalami kecederaan ketika seri 2-2 menentang Sevilla dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa di Old Trafford, di mana United melepaskan dua gol di hujung perlawanan.

Martinez, yang menjuarai Piala Dunia bersama Argentina Disember lalu, dikeluarkan selepas mengalami kecederaan buku lali dan dibawa keluar menggunakan pengusung.

United sudah pun kehilangan pilihan utama pertahanan tengah, Varane kerana mengalami kecederaan pada babak pertama dan tempatnya digantikan Harry Maguire yang menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan.

Pengurus pasukan, Erik ten Hag gagal menyediakan maklumat terkini apabila berdepan media namun kelab selepas itu mengesahkan tahap kecederaan dialami pemain berkenaan.

"Lisandro Martinez diketepikan untuk baki musim ini selepas patah tulang 'metatarsal' di kakinya," kata United dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, pertahanan Argentina itu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa yang tepat untuk persiapan menghadapi musim akan datang.

"Rakan pertahanan Lisandro, Raphael Varane juga diketepikan kerana mengalami kecederaan pada babak pertama perlawanan sama dan dijangka dikeluarkan untuk tempoh beberapa minggu."

Martinez - beraksi pada musim pertama di Old Trafford - dan Varane menjadi tunjang Ten Hag di bahagian bek tengah.

Ketiadaan mereka meninggalkan kesan kepada United yang berhasrat menamatkan kempen di kedudukan lebih baik.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uskan-aksi-baki-epl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.082243 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list