CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Pembantu pengadil siku muka pertahanan Liverpool

[Copy link]
Post time 10-4-2023 08:51 AM | Show all posts |Read mode

INSIDEN Robertson disiku pembantu pengadil.

Liverpool: Perlawanan Liverpool dan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi dicemari dengan insiden pembantu pengadil Constantine Hatzidakis menyiku muka pertahanan kiri The Reds, Andy Robertson sejurus selepas rehat di Anfield.

Kapten Scotland itu menghampiri penjaga garisan yang tidak disangka-sangka menyiku pipinya namun Robertson yang keras membantah dilayangkan kad kuning oleh pengadil Paul Tierney.

Arsenal mendahului 2-1 pada babak pertama tetapi Liverpool menjadikan keputusan 2-2 hasi tandukan Roberto Firmino minit ke-87 sekali gus menjejaskan misi pendahulu liga itu untuk meraih gelaran pertama sejak 2004.

Hatzidakis kini berdepan penyiasatan selepas jawatankuasa pengadil PGMOL berkata mereka akan meneliti insiden mengejutkan itu.

"PGMOL mengambil maklum insiden membabitkan pembantu pengadil Constantine Hatzidakis dan pertahanan Liverpool Andrew Robertson ketika perlawanan Liverpool dan Arsenal di Anfield," kata PGMOL dalam satu kenyataan.

"Kami akan menyiasat dan meneliti sepenuhnya selepas mendapat laporan perlawanan."

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan pegawai terbabit tidak bertemunya atau Robertson untuk meminta maaf.

"Saya tidak melihatnya," kata Klopp mengenai insiden itu. "Saya dengar gambar memberitahu segalanya."

Penyerang Fulham Aleksandar Mitrovic dikenakan hukuman gantung lapan perlawanan selepas menolak pengadil Chris Kavanagh dalam aksi Piala FA ketika menentang Manchester United bulan lalu.

Bekas pemain tengah Manchester United Roy Keane yang bertugas di Anfield sebagai pengulas Sky Sports mempersoalkan tindakan Robertson mendekati penjaga garisan terbabit sambil menggelarkan pertahanan itu 'bayi besar' susulan tindakannya itu.

Namun seorang lagi pengulas sukan Gary Neville percaya Hatzidakis yang bermasalah dalam perlawanan itu.

"Saya tidak pernah melihat pegawai menyiku pemain," kata Neville. "Saya fikir dia akan berdepan masalah besar selepas perlawanan itu."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ertahanan-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056154 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list