CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Johor] Orang luar dalang teroka lebih 10 hutan simpan di Johor

[Copy link]
Post time 6-4-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Iskandar Puteri: Lebih 10 kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini dipercayai diterokai oleh Orang Asli yang didalangi pihak luar.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman, berkata penerokaan hutan oleh Orang Asli di kawasan luar rizab mereka itu untuk dijadikan penempatan selain dibersihkan untuk tujuan peladangan getah dan kelapa sawit berskala besar yang menelan kos besar.

Katanya, HSK hanyalah kawasan rayau bagi Orang Asli mencari hasil serta memburu bagi kegunaan sendiri dan ia tidak boleh diterokai mana-mana pihak bagi tujuan komersil.

"Kita akui memang terdapat beberapa kawasan HSK di Johor yang diterokai Orang Asli dan pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penempatan selain mengusahakan aktiviti perladangan babitkan kelapa sawit dan getah.

"Kita percaya ia didalangi orang luar yang menggunakan Orang Asli bagi mengabui mata pihak berkuasa sekali gus meneroka kawasan hutan itu secara berperingkat.

"Menerusi risikan dan pemerhatian kita mendapati ia diusahakan secara terancang dengan membabitkan penggunaan mesin dan secara besar besaran yang tentunya menelan kos yang tinggi.

"Kita tengok pun keadaan ladang sawit dan getah itu memang seolah-olah diuruskan secara terancang, kita boleh bezakan kalau ladang kecil dibuka Orang Asli atau yang diuruskan oleh syarikat besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Silaturahim Ramadan Johor Economic, Tourism and Cultural Office, di sini, malam tadi.

Hadir sama, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar.

Pada 16 Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor,dilaporkan menggesa kerajaan negeri supaya meletakkan semula kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah "Sultanate Land" supaya tidak ada pihak yang boleh berbuat sesuka hati.

Sultan Johor dilaporkan menzahirkan kekecewaan baginda berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran.

Baginda percaya terdapat orang luar yang menjadi dalang dalam hal ini dan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan hak Orang Asli sebagai alasan.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi kenyataan dilaporkan berkata, kerajaan negeri menjunjung dan menyokong sepenuhnya titah Sultan Ibrahim itu.

Beliau berkata, kerajaan Johor peka dan prihatin terhadap eksploitasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Orang Asli terutamanya di negeri ini.

Dalam pada itu, Salim berkata, JPNJ sedang mengumpul maklumat untuk disalurkan kepada kerajaan negeri bagi mengambil tindakan seterusnya.

Namun katanya, tindakan yang akan diambil itu perlulah secara berhemah kerana ia membabitkan isu yang sensitif.

"Perkara itu (pencerobohan HSK) dalam tindakan jabatan sewajarnya, bergantung kepada arahan yang akan diputus kerajaan negeri dan kita sentiasa salur maklumat kepada kerajaan negeri.

"Sebagaimana Sultan Johor menitahkan tindakan diambil, jadi kita ambil tindakan, tetapi lebih berhati hati sebab ia babit isu sensitif," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-simpan-di-johor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.467840 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list