CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8638|Reply: 33

spa penjara kajang...

[Copy link]
Post time 2-12-2010 11:43 AM | Show all posts |Read mode
KETIKA kaki melangkah memasuki ruang menunggu spa dan salun yang dihias ala Bali ini, aroma bau-bauan minyak aromaterapi menusuk ke hidung ditambah alunan muzik gamelan Indonesia yang memberi ketenangan kepada pengunjung.
Sementara menunggu, pengun�jung dihidangkan secangkir teh halia panas bercampur madu yang dibawakan pelayan spa yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing.

Jika dilihat dari segi luaran spa, salun ini menyediakan perkhidmatan yang sama seperti pusat kecantikan lain.

Namun tiada siapa menyang�ka di sebalik tembok batu serta jeriji besi ini terdapat sebuah pusat kecantikan yang menyediakan pelbagai rawatan kecantikan khusus untuk wanita.


Apa yang menjadikannya lebih istimewa apabila rawatan dilakukan banduan atau juruterapi yang sedang menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang.


Bagi pelanggan yang baru pertama kali mendapatkan perkhidmatan di sini pastinya diselubungi rasa takut dan bimbang, apatah lagi memikirkan rawatan dilakukan pesalah penjara yang sering kali ditafsirkan sebagai jahat atau tidak mempunyai perilaku yang baik.

Sebagai pelanggan, perasaan bercampur baur apabila kali pertama mendapatkan perkhidmatan di sini, bimbang pada keselamatan dan takut sekiranya banduan melakukan sesuatu ketika sedang diurut atau menjalani rawatan lain.

Namun usah bimbang, buangkan jauh-jauh perasaan itu kerana semua banduan yang berkhidmat di spa dan salun Penjara Wanita Kajang ini menjalani latihan terlebih dulu sebelum menguruskan pelanggan.

Paling penting, semua banduan diletakkan di bawah pengawasan warden penjara sepanjang masa.

Ini diakui Penolong Penguasa Penjara Wanita Kajang, Monawati Omar yang meminta masyarakat tidak takut untuk mendapatkan rawatan kecantikan di spa dan salun penjara kerana perkhidmatan dilakukan secara profesional dan dijamin selamat.

Ini kerana semua banduan mendapat latihan sepenuh�nya serta diawasi kakitangan penjara.

“Jika tidak selamat, sudah tentu tiada pelanggan yang datang setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap yang mengakui sangat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan serta bayaran yang sangat berpatutan,” katanya.

Pusat kecantikan spa dan salun yang mula beroperasi pada 5 Disember 2008 lalu dibuka khusus untuk orang awam serta kakitangan penjara.

Penubuhannya diilhamkan bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mustapha Osman yang tujuan utama�nya untuk mempelbagaikan kemahiran tahanan wanita, selain memberi peluang kepada mereka melengkapkan diri sebelum berhadapan dengan masyarakat.

“Sebelum ini, pihak penjara sudah menyediakan kemahiran kepada banduan seperti mencanting batik, menjahit, katering, dobi dan membuat makanan sejuk beku, namun kemahiran ini masih belum cukup kerana tidak termasuk aspek kecantikan.

“Menerusi pembukaan spa dan salun ini, diharap banduan dapat mempelajari teknik dan asas rawatan kecantikan, seterusnya menggunakan semua ilmu ini apabila mereka dibebaskan kelak.

“Walau apapun hukuman dijatuhkan kepada mereka, sebagai anggota masyarakat kita perlu menghormati mereka sebagai manusia biasa yang melakukan kesilapan dan tersalah membuat pilihan,” katanya yang berharap masyarakat memberikan ruang kepada tahanan kembali menyumbang kepada masyarakat dan tidak menyisihkan mereka.

Tambah Monawati, setiap banduan sama ada lelaki atau wanita akan menjalani modul yang sama membabitkan tiga peringkat iaitu modul orientasi, pengukuhan sahsiah diri dan kemahiran yang disediakan menerusi latihan secara berterusan.

“Untuk spa dan salun, semua banduan menerima latihan daripada pegawai penjara berkelulusan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Mereka akan mengajar kelas kemahiran seperti rawatan muka, salun, urut, sauna dan refleksologi mengikut tempoh tertentu.

“Apabila banduan ini mahir dalam bidang masing-masing, barulah mereka dibolehkan berkhidmat di spa. Apabila tempoh tahanan tamat, mereka akan diganti banduan lain dan begitulah pusingan seterusnya,” jelas Monawati.

Menurutnya, hanya banduan yang tidak melakukan kesalahan serius atau kejam saja akan diambil untuk berkhidmat di spa.

Kira-kira 60 peratus daripada 1,600 banduan di penjara itu terdiri daripada warga asing dan kebanyakan daripada mereka rakyat Indonesia yang didakwa dengan kes imigresen.

Semua tahanan yang bekerja di spa dibayar sejumlah kecil elaun bergantung kepada warna baju yang dipakai. Misalnya untuk baju hijau, bayarannya 60 sen sehari manakala baju biru 80 sen sehari.

“Pada dasarnya kami membantu mereka (banduan) agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas keluar dari penjara.

“Kami juga berharap program ini dapat mendedahkan aktiviti kepada orang awam di samping dapat memperkaya serta memberi keyakinan diri kepada banduan,” jelasnya.

Spa dan salun yang dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 8 pagi hingga 5 petang mempunyai tujuh pelatih dengan diawasi tiga kakitangan dan mampu merawat lapan pelanggan pada satu-satu masa.

Antara rawatan disediakan seperti mandi susu, rempah dan bunga, refleksologi, rawatan muka, urut badan, lulur, sauna serta perkhidmatan di salun seperti menggunting, mencuci, melurus, keriting dan mewarna rambut.

“Harga yang ditawarkan di sini sudah tentu jauh lebih murah berbanding pusat kecantikan di luar. Untuk rawatan badan dan muka, pelanggan boleh mendapatkan harga serendah RM30 sehingga RM40.

“Mereka juga boleh �mendapatkan secara pakej seperti sauna, lulur, menyental badan dan rawatan muka �hanya pada harga RM85 manakala harga untuk salun bermula dari RM7 sehingga RM80,” katanya.

Namun pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dulu bagi memastikan mereka tidak perlu menunggu lama terutama pada hujung minggu atau pada cuti umum.




nk tau pendapat korang tentang spa banduan nih...sape berani nk try????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 12:44 AM | Show all posts
Syok arr, masuk penjara keluar nanti dah boleh bukak biz spa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 01:32 AM | Show all posts
wahhh...
pnjare pon ade spa ekkk...



http://eilstory.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:58 AM | Show all posts
Reply 2# Jhana


    tu arr...ade sape2 penah pg x spa dieorg nih???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply 3# eiLmie


    yup
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:22 AM | Show all posts
my ofismate pnah p..katanya best, selsa n price meng agak murah..

dia ada bawak balek pamplet...yay amcm brminat nk p, tgok lar dlm bulan depan..jumm!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2011 12:49 PM | Show all posts
Reply 6# yaya_owez


    jommm....tgk pamplet die tu yaya...kasi tepek cni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 7# men_cari


   Hihii, satu copy die bagi yaya..kalo nk buat appointment buley col 03-87341025 ;)

bukak stiap hari kecuali cutiumum, tp senin tutop..

Ada pakej..Pakej 1 - Sauna+Scrub/Lulur+Facial =RM85 jekk..;)
                Pakej 2 - Sauna + Massage+Scrub/Lulur+Facial=RM115
                Pakej 3 - Sauna+Massage+Scrub+Lulur+Facial Treatment = RM125...

Pastu ade yg satu2 service tu, bnyak sagt yaya nk tepek..;))

Psssttt, sgt murah kan??yaya ingat nk p..tp kan, smalm duk gugel2 trjmpa lg satu spa dekat Bangi...murah jugek..berbaloi2..Seputeh Kapas Spa...nk cuber!!!!!! ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 02:31 PM | Show all posts
kalu nak facial je berapa ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 10:00 PM | Show all posts
Reply 8# yaya_owez


    seputeh kapas spa tu seksyen bape?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 05:03 PM | Show all posts
waaaa best nye....bru teringin nk g spa kat penjara kajang.......nk join boleh????hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 05:13 PM | Show all posts
Reply 10# men_cari


   seputeh kapas tu kat sg merab kalo x silap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 11# cik_kumbang


    jom2...aku cm takot tp setakat ni aku dpt feedback kt org yg penh pg seme +ve..ye la mane tau spa kt penjara ni pekerja nye kn banduan kang tetibe mengganas ngah urut di cakarnye hahaha...naya jew..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 12:07 PM | Show all posts
jum!!Jum!!jum!!!
gaji ni eh!!! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply 13# men_cari

wakakakaka...mcm laki aku ckp je......kang ntah2 diorg ada aids ke kang luka jangkit plak....laki aku suka pk -ve...hahahhatp klo korg nak g aku nk ikottttttttt......ehh korg dok mna ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply 14# yaya_owez


    yaya duk area mane???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2011 12:27 PM | Show all posts
Reply 15# cik_kumbang


    hahaha....aku duk area bangi ..ko?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 12:40 PM | Show all posts
Reply 17# men_cari


   aku dok kajang...area prima saujana..keje kat bangi.......huahuahuahua leh la set date g spa sma2...wahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 04:58 PM | Show all posts
Reply 16# men_cari


    yaya Putrajayaaaa!!!!!!!!!!!!jumm!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 05:43 PM | Show all posts
Reply 19# yaya_owez

jummmmmmmmm!!!!!!!...bila? ujung bulan ke??? (waaahhh smgt aku nk g spa ni).....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.156565 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list