Seperti lelaki sering bekerja lebih masa (OT) semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya.
Namun timbul pula masalah lain disebabkan si teman wanita kuat cemburu.
"Aku kerja pejabat dan majoriti rakan sekerja aku perempuan je, dan aku selalu buat OT sebab nak kumpul duit tunang dengan girlfriend aku.
"Yang buat aku terbeban sekarang ni ialah dia asyik cemburu je tak kena tempat. Dia selalu cakap 'kenapa nak OT je hari-hari? Ke sebab nak menggatal dengan perempuan kat pejabat tu?'" luahnya di media sosial.
Gambar Hiasan
Dia kemudian tampil menjelaskan bahawa OT tersebut untuk mengumpul duit bagi pertunangan, sambil membuat panggilan video (VC) dari tempat kerja sebagai bukti.
"Aku ada curi-curi VC dia tapi tak boleh bising sebab aku tengah kerja. Tapi dia tetap tak percaya aku, dia ingat aku nak menggatal dengan perempuan lain kat pejabat tu.
"Dia selalu marah dan merajuk tak tentu fasal sampai aku rasa dah putus asa. Aku banyak kali dah perjelaskan aku jaga diri, jaga kelakuan aku dekat pejabat ni," ujarnya lagi.
Memasuki usia dua tahun perhubungan sejak zaman belajar, pemuda berkenaan mengakui menyayangi teman wanitanya tetapi tidak tahan dengan sikap cemburu itu.
"Aku sayang dia tapi sikap over jealous dia ni dah lebih. Lagi satu hampir setiap hujung minggu kami jumpa. Aku bagi dia periksa telefon aku semua semata-mata nak raih kepercayaan dia.
"Apa je aku tak buat lagi untuk bagi dia percaya dekat aku, (membuktikan) yang aku ni tak menggatal dengan perempuan lain. Tapi dia tak faham aku.
"Aku dengan penat balik kerja nak hadap masalah remeh macam ni sampai aku rasa aku rimas dah. Kalau ada jodoh, ada... rimas dah," katanya.
Difahamkan kira-kira 24 jam selepas perkongsiannya, pemuda itu akhirnya nekad untuk memutuskan hubungan dengan teman wanita yang kuat cemburu.
"Aku dengan girlfriend aku dah secara rasmi putus. Aku tak tahan dah, aku ambil keputusan untuk putus terus.
"Macam aku cakap sebelum ni banyak lagi aku nak luahkan tapi aku tak nak sebarkan benda buruk pasal dia. Cukup la aku dengan dia je tahu.
"Dan yang pasti dia tengah meroyan sekarang tadi aku memang dah nekad. Aku dah tawar hati, aku dah penat kena tuduh macam tu.
"Biar la aku cari ketenangan jiwa yang dah lama hilang. Duit tunang yang aku kumpul selama ni aku nak guna pergi travel jalan-jalan satu Malaysia," katanya. -CARI
Post time 4-4-2023 10:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Chuos umur berapa? Kalo still 20s x yah kahwin dulu. Berbakti pd ibu bapa dan enjoy dulu. Dh mid 30s ke atas barulah kahwin. Bknnya ada carta andartu ipan pun nk menggelabah sgt
Post time 4-4-2023 11:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ko jadi husbaby saja lah... Duit kahwin minta pada GF... If tiada trust susah... Perempuan ada insecurity memang teruk... Ko memang tiada life kena hadap attitute dan mulut popcorn depa..
Post time 4-4-2023 11:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
the girl pun if u dont trust him that much, cari org lelaki lain la yg u boleh percaya. kalau nk merajuk skali skala tu okla. ni kalau sampai tahap ni, lainla kalau lelaki tu pernah mencurang ka apa sampai insecured sampai tahap ni atau lelaki tu terlalu kacak.
Post time 4-4-2023 11:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lebih kurang adik meols dgn his ex-gf, adik meols kerja offshore, dia start kerja 2021, time Covid, kena quarantine seblum naik offshore, bila naik offshore tak bole nak call sentiasa. Tak senang adik meols nak buat kerja, resah gelisah fikir hal gf. Now dah break up, adik meols skrg pun dah start his overseas assignment, senang hati dia takyah fikir hal gf yg tak memahami.
Post time 4-4-2023 11:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Abisla kena kurung dlm rumah, jemur baju buang sampah mesin rumput bini bikin, suami mana boleh keluar rumah bahaya taw. Pergi beraya perhatikan suami jgn sembang dgn perempuan taw
Post time 4-4-2023 02:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mcm budak², partner tgh kerja pun nak kacau. dah tau OT, masak la ape² fav partner kat rumah.. hantar dgn grab express kat partner tu. tak kuase nak cek hp partner tiap minggu... kiter nak tenang happy...cek pun buat ape, sebelum cek mesti dia dah delete ape yg patut