CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4190|Reply: 0

[Johor] 'Mereka nampak sangat tenang, seolah-olah baru berwuduk'

[Copy link]
Post time 3-4-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

NABILA dan Thien menunjukkan gambar empat anak mereka yang maut dalam kebakaran kediamannya di Kampung Sabak Awor Rabu lalu. FOTO Ahmad Ismail.

Muar: "Jasad empat anak terbaring kaku menghadap kiblat seolah-olah berjemaah sebelum pergi buat selamanya," kata Nabila Sedu, 31, yang kehilangan anak-anaknya dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Kampung Sabak Awor di sini Rabu, lalu.

Wanita itu berkongsi kisah tragis menimpa empat anaknya, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap di bilik mandi kediamannya.

Dalam kejadian 7.49 malam Itu, kesemua ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di kediaman berkenaan.

Menurut Nabila, dia dimaklumkan kejadian oleh rakan suami selepas selesai membeli keperluan berbuka puasa dan barangan lainnya kediaman sedang di jilat api.

"Saya bergegas pulang, kemudian melihat dengan lebih dekat, ketika itusaya sudah mengesyaki arwah anak kesemuanya meninggal dunia.

"Melihatkan keadaan jenazah mereka ketika itu tersusun arah kiblat memang tersentuh serta wajah kesemua arwah anak sangat tenang dan sejuk mata memandang, seolah baru berwuduk" katanya ketika ditemui di sebuah inap desa di Muar di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Kampung Sabak Awor Ismail Mohd Shah.

Menurutnya, ayam golek adalah menu kegemaran anak-anaknya sebagai juadah berbuka puasa dan mereka dapat menikmatinya beberapa hari sebelum tragedi itu.

"Saya bersyukur selama ini bukan saja mereka menceriakan Ramadan buat keluarga besar kami, malah kami i turut dapat memenuhi keinginan hati perasaan mereka.

"Ianya sangat bermakna buat kami kerana tidak menyangka ianya Ramadan buat kali terakhir buat anak-anak,"katanya dengan nada sebak.

Katanya, sehari sebelum itu dia sempat bersenda gurau dengan kesemua arwah anaknya namun tiada sebarang petanda ganjil atau pelik yang ditunjukkan,"katanya.

Jenazah empat adik-beradik berkenaan yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

Kempat-empat mereka Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira pukul 8.15 malam Khamis lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -olah-baru-berwuduk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.293433 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list