View: 7324|Reply: 0
|
Jual United pada harga RM32.84 bilion ‘keterlaluan’
[Copy link]
|
|
HARGA RM32.84 bilion yang diletakkan Keluarga Glazers untuk Manchester United dianggap keterlaluan.
MANCHESTER: Harga 6 bilion pound (RM32.84 bilion) yang diminta Keluarga Glazers untuk menjual Manchester United terlalu tinggi jika dibanding dengan angka kewangan semasa kelab berkenaan.
Menurut pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire, keputusan suku kedua semalam melaporkan kelab itu hanya mencatat keuntungan 6.3 juta pound (RM34.4 juta) dan menanggung hutang 741 juta pound (RM4.7 bilion).
Ia sekali gus menunjukkan angka yang diminta Glazers tidak bersesuaian dengan perolehan yang menyusut hampir 10 peratus tahun ke tahun, dengan kelab tidak bersaing dalam Liga Juara-Juara musim ini.
United cuba mencari pelaburan atau menjual kelab sepenuhnya dengan kumpulan yang berpangkalan di Qatar, diketuai Sheikh Jassim Hamad al-Thani, selain orang terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe.
Kedua-dua pihak sudah mengemukakan tawaran kedua minggu, namun timbul kebimbangan tawaran sekitar 5 bilion pound (RM27.37 bilion) akan gagal.
“Apabila anda melihat wang tunai yang dijana urusan jual beli, ia adalah hampir 6 bilion pound (RM32.84 bilion).
“Ogos lalu, pasaran menilai United sekitar 2 bilion pound (RM10.9 bilion). Berpotensi bernilai dua kali ganda tetapi dan anda benar-benar perlu menyilang jari anda untuk membuat penilaian.
“Anda kena lihat jumlah tunai yang mungkin diperoleh dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menambah beberapa nombor ajaib. Saya bermurah hati membuat ramalan untuk United, dan menghasilkan 2.8 bilion pound (RM15.3 bilion).
“Satu-satunya cara kelab boleh mencecah nilai hampir 6 bilion pound adalah jika anda dapat mengawal hak penyiaran dan menjualnya sendiri.
“Ia seperti Project Big Picture tapi perkara itu tidak akan berlaku,” kata Maguire. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... bilion-keterlaluan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|