View: 14442|Reply: 28
|
Anjing Liar Punya Pasal, 4 Jari Hancur Mercun Bola Meletup
[Copy link]
|
|
Empat jari tangan kiri seorang lelaki hancur selepas mercun bola dipegangnya meletup, malam tadi ketika mahu menghalau anjing liar.
Dalam kejadian jam 10 malam tadi, mangsa yang berusia 34 tahun itu dikatakan mencucuh mercun bola untuk menghalau anjing liar yang mengganggu kambing peliharaannya berhampiran rumah di Kampung Paya Besar, dekat Pokok Sena, di sini.
 TANGAN kiri lelaki dibalut selepas empat jarinya hancur akibat mercun bola. FOTO ihsan pembaca
Menurut mangsa, dia tidak sempat membaling mercun itu kerana ia meletup terlebih dulu.
"Saya tengok tangan saya dah nampak tulang putih manakala empat jari saya hancur akibat letupan itu selain cedera sikit di perut.
"Kawasan rumah memang banyak anjing liar dan sebelum ini pernah makan kambing saya antara tujuh hingga lapan ekor, itu sebab saya baling mercun bola untuk halau anjing liar.
"Tapi tak sangka ini yang terjadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, dua jarinya terpaksa dipotong manakala dua lagi kudung akibat kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku semalam namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka terkena sumpahan anjing dibulan ramadhan
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan cara halau yang betul ya. Padan muka. Bahana main mercun takda faedah. |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing liar ni kalau kambing pun dia mkn....kucing,budak pun dia mkn juga, org besar pun dia akan serang...elokla ditembak mati semuanya... |
|
|
|
|
|
|
|
salah cara bang.. buh racun bukan baling mercun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Santuni binatang jalanan. Stray dogs ni kalau bg makan boleh jadi security bayar dgn kibbles je. Kifarah menyeksa bnatang ni kdg2 cash. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan yg mencurigakan
Padanla muka nya |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..xpraktikal lgsg caranya.. lps tu anjing2 dtg balik jgk..hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kira mangsa ni baik juga. Dia baling mercun tu supaya bunyi kuat. Bukan kena anjing. Lagi kejam bagi racun rumput dekat makanan anjing.
Macam mana nak atasi masalah anjing liar ni. Kesian jugak tengok tapi habis ternakan, kucing pun dia bunuh. Kalaulah ada program kasikan anjing ni beramai ramaikan bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fortiori13 at 30-3-2023 01:08 PM
X pasal2 cedera.... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut tembak je kasi mati anjeng2 liar ni... Takde makna nk bg makan nnt dia baik, jd guard la bagai.. Nnt lg membiak banyak lg laa..
Nk kasi, kos tinggi.. Kalau negara lain mmg ada yg tembak cam tembak gagak tu...
Tapi tu la malaysia majlis perbandaran tangkap je pun ramai acah pencinta haiwan marah2 viral kt media sosial.. Bila anak dia kena gigit terjangkit penyakit anjing gila baru la meracau minta pihak berkuasa ambil tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk jarum dalam telur rebus. Tabur keliling kebun. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..... sblm ni guna apa halau anjing2 liar tu... betol ke anjing liar tu dh makan 7 atau 8 ekoq kambing hang... sama level harimau dah...
pttnya dh bole report polis dan jab vet utk uruskan anjing2 liar tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat i, halau monyet kera pun dorang pakai mercun…. tak sure mercun apa… berkesan jugak sbnrnya sbb monyet yg terkejut terus serik dlm jangkamasa yg lama. Anjing liar tak sure… kalau bela arnab mmg anjing liar akan dapatkan jugak sampai berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Paling benci orang main mercun bola ni.. kalau ada org sakit jantung, naya jer.. jgn lah buat pasal |
|
|
|
|
|
|
|
modal sardin xnk guna, nak gak guna mercun bola.
baik buat bom paip baru bagus kasi nyawa sekali hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada kesedaran masyarakat menyantuni binatang ni, bolehlah push gomen utk spend duit buit awareness kpd pemilik anjing supaya ambik lesen, murahkan kos kasi anjing. takdala masalah anjing liar ni sampai kena baling mercun hilang jari. Bukan anjing je, semua binatang liar dekat malaysia ni patutnya diprotect takdala anak lutong pun kena hangkut masuk dlm beg nak bela kat rumah, nampak burung hantu nak tangkap nak bg anak bela.
Anjing ni binatang yg ada dlm quran sebagai binatang yg setia, binatang yg digigit anjing buruan pun halal. Pelacur pun ada masuk syurga bagi anjing minum.
Yg hina bukan anjing, tp melayu isle yg meracun, menembak binatang tak berdosa, spesis dok tercongok bawah tempurung takut anjing liar padahal anjing tu nampak dia dah lari berbatu2.
|
|
|
|
|
|
|
|
adan uker niat jahat dibalas cashhh!
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|