CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4968|Reply: 0

“Hmm gugur lagi kehamilan kali kedua..bila pula ye boleh hamil selepas keguguran ni?”

[Copy link]
Post time 30-3-2023 09:05 AM | Show all posts |Read mode



“Hmm gugur lagi kehamilan kali kedua..bila pula ye boleh hamil selepas keguguran ni?”

Sedihnya hati apabila sudah beberapa kali mencuba untuk hamil namun berakhir dengan keguguran. Tanpa kita sedari, mungkin ada beberapa masalah kesihatan yang perlu segera ditangani dengan melakukan pemeriksaan secara berkala. Jika semua pemeriksaan kesihatan ini telah dilakukan, ada juga yang bertanya apakah ada tempoh yang selamat untuk hamil semula selepas alami keguguran? Adakah boleh terus bersama dengan suami atau perlu tunggu dalam tempoh tertentu untuk hamil?

BILA SAYA BOLEH HAMIL SELEPAS KEGUGURAN? SELAMAT KE?


Antara soalan yang paling kerap ditanya oleh wanita yang mengalami keguguran selepas hamil adalah bila mereka boleh kembali bersama suami dan hamil semula selepas keguguran?

Hal ini kerana sehingga 20% kehamilan berakhir dengan keguguran manakala 1 daripada 100 kelahiran mati (stillbirth). Secara mudahnya, tiada jawapan yang pasti tentang bila waktu yang sesuai untuk bersama suami selepas pantang keguguran. Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan tempoh 6 bulan sebelum mencuba hamil kembali.

Haid anda selalunya kembali selepas 4-6 minggu dari tarikh anda gugur menandakan anda sudah berovulasi semula selepas 2-4 minggu dari waktu gugur. Macam mana kalau haid tidak teratur? Ini yang menyukarkan keadaan apabila waktu yang tepat susah dijangka dan mungkin akan memakan masa lebih lama.

Menurut kajian dari Mayo Clinic pula, ada juga yang mengatakan bahawa bersama dengan suami sebagai cubaan untuk hamil semula selepas mengalami keguguran sebenarnya tidak memberi kesan negatif. Malah ada juga yang mengatakan bahawa potensi untuk terus hamil adalah lebih tinggi! Wah macam tu pula ya!

Oleh itu,  sekiranya anda ingin cuba untuk hamil semula, waktu paling selamat untuk mencuba adalah selepas 3 kali kitaran haid. Ini adalah untuk memastikan rahim anda benar-benar sembuh dan bersedia untuk kehamilan baru. Kalau masih sakit, macam mana nak berhubungan seksual dengan suami bukan? Ngilu!

Buat para wanita semua jika anda masih keliru, sebenarnya kunci utama adalah pastikan diri anda bersedia dari segi mental dna fizikal. Hal ini kerana, anda perlu bersedia dengan pelbagai jenis kemungkinan begitu juga untuk si suami. Hanya semata-mata untuk memenuhi keperluan nafsu di saat isteri berada dalam kondisi tertekan dan lemah perlu dielakkan.

ADA APA-APA PROSES UJIAN TAK SEBELUM MENCUBA HAMIL SEMULA?



Menurut Mayo Clinic, jika anda ada mengalami dua atau lebih beberapa kali keguguran, doktor anda mungkin akan menyarankan anda melakukan beberapa jenis ujian untuk mengidentifikasikan punca keguguran tersebut. Antara ujian yang akan dilakukan adalah:

1.Ujian darah – Sampel darah akan diambil bagi mengenal pasti masalah berkaitan hormon dan sistem imunisasi badan.

2.Chromosome test – Anda dan pasangan perlu membuat ujian darah untuk mengenalpasti jenis chromosome supaya semuanya sihat.

3.Sampel tisu dari keguguran – Jika dapat dibekalkan kepada tempat membuat ujian, sample tisu dari keguguran juga akan dilakukan.

4.Ultrasound – Ini menggunakan mesin berteknologi tinggi bagi mendapatkan imej struktur dalam badan. Selalunya diletakkan di bahagian abdomen atau dimasukkan melalui vagina untuk mengambil imej rahim.

5.MRI– Ini juga menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk mengimbas semula bahagian badan anda bagi mendapatkan imej tentang masalah dalam badan.

6. Hysteroscopy– Pakar akan memasukkan instrumen nipis bercahaya yang dipanggil histeroskop melalui serviks anda dan terus ke dalam rahim untuk mendiagnosis dan merawat masalah intrauterin yang dikenal pasti.

*Untuk para wanita yang sudah berkali-kali mencuba untuk hamil tetapi alami keguguran, jangan patah hati. Ada juga kajian yang mengatakan bahawa jika anda sering alami masalah ini, apabila dah ‘lekat’ nanti proses kehamilan akan menjadi lebih sihat. Jadi, teruskan mencuba okay!

Sumber: Hello Doktor, Mayo Clinic
https://siraplimau.com/hamil-selepas-keguguran/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list