View: 2378|Reply: 0
|
Ada peningkatan, tapi prestasi pemain masih lemah
[Copy link]
|
|
Pemain Malaysia, Akhyar Rashid dan Faisal Halim masing-masing menjaringkan gol pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menegaskan barisan pemain sudah menunjukkan peningkatan walaupun prestasi tidak mencapai tahap yang dikehendaki selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan antarabangsa Tier-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berkata, apa yang membuatkan beliau lega dan gembira apabila kesungguhan untuk menang tatkala beraksi di laman sendir sentiasa menjadi misi utama setiap pemain selepas hanya tewas kepada Bahrain 1-2 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu.
"Objektif masih berterusan dan tidak akan terhenti tapi saya rasa perlu ada penambahbaikan dan ianya masih ada ruang untuk tingkatkan lagi kualiti permainan yang diterapkan dalam skuad Harimau Malaya.
"Seingat saya aksi di laman sendiri sejak Mac lalu memberikan keputusan posiif, hanya tewas kepada Bahrain sahaja.
"Ini adalah kubu kami, jadi sesiapa yang datang beraksi di sini sudah pasti kami mahu keputusan positif malah kami mahu terus mengekalkan momentum kemenangan namun prestasi pemain, saya agak kecewa dan perlu banyak kerja lagi untuk tingkat kualiti permainan," katanya pada sidang media.
Mngulas lanjut, pengendali berusia 53 tahun itu berkata apa yang mengecewakannya adalah pemain yang diturunkan tidak dapat mengekalkan konsistensi permainan dan ada ketika intensiti tidak stabil serta kurang agresif yang membolehkan pemain Hong Kong mengasak ke kubu skuad kebangsaan.
Skuad Harimau Malaya, yang memutuskan untuk menjalani kem latihan pusat dan beraksi di Johor ketika jendela perlawanan antarabangsa FIFA ini sebelum itu menewaskan pasukan di ranking ke-135, Turkmenistan 1-0 di stadium yang sama, Khamis lalu.
Apa yang pasti, Pan Gon tampak lega dengan keputusan diraih selepas buat kali pertama menjalani latihan pusat di luar Kuala Lumpur dan meraih dua kemenangan malah berterima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menyediakan fasiliti di pusat latihan JDT yang serba canggih dan menepati kehendak bola sepak moden.
Pan Gon jelas mahu terus membantu pemain negara mencapai potensi terbaik mereka bagi memastikan pasukan itu terus menunjukkan peningkatan menjelang jendela perlawanan antarabangsa FIFA Jun depan.
"Pemain akan kembali ke kelab masing-masing, saya mahu (pergi) melihat semua pemain, setiap perlawanan kerana saya mahu melihat mereka beraksi dan paling utama mereka perlu perbaiki umpanan bola kerana pada dua aksi lalu kerap berlaku kesilapan individu selepas tidak mengumpan dengan tepat kepada rakan.
"Anda boleh lihat beberapa pemain tidak cukup cergas kerana kurang minit permainan. Jadi saya mahu menggalakkan mereka bermain secara kerap.....jadi itu harapan saya dan ia penting untuk kita membuat persediaan yang lebih rapi," kata Pan Gon.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pemain-masih-lemah |
|
|
|
|
|
|
| |
|