CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2414|Reply: 0

Curang Dengan Shakira, Gerard Pique Takkan Habiskan Masa Dan Wang Untuk Bersihkan Imej

[Copy link]
Post time 27-3-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Berita perpisahan penyanyi Shakira bersama pemain bola Gerard Pique yang sudah lebih 10 tahun hidup bersama kerana lelaki itu berlaku curang menjadi satu berita yang menguejutkan peminat mereka.


Malah, single baru dilancarkan Shakira, Out of Your League dalam bahasa Inggeris dan Pa’ Tipos Como Tu (Sepanyol) yang menyindir Pique menjadi perhatian dan mencetus fenomena.




INSTAR Images




Beberapa bulan selepas perpisahan, Pique buat pertama kalinya berbicara mengenai perpisahan dengan penyanyi itu.


Pique bagaimanapun enggan mengulas tentang perpisahan dan kesan dalam kehidupannya tetapi lebih suka bercakap tentang fokus yang mahu diberikan kepada dua anak mereka, Milan dan Sasha.


“Setiap orang punya tanggungjawab terhadap anak. Ini tentang melindungi mereka dan itulah tugas semua ibu bapa. Ini yang saya fokus sekarang sebagai seorang bapa,” katanya kepada Billboard.


Dia juga menolak untuk berkongsi tentang masalah yang berlaku dengan Shakira.


“Tidak, saya tidak akan dan tidak mahu bercakap tentangnya,” kata Pique ringkas.


Ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih baharu iaitu Clara Chia Marti, Pique berkata dia hanya mahu jujur dengan diri sendiri dan gembira dengan kehidupannya sekarang.


Malah Pique dipetik berkata tidak mahu menghabiskan masa atau wang hanya untuk membersihkan imejnya yang telah rosak.


“Saya mahu jujur dengan diri sendiri dan masih gembira dengan apa yang saya mahu lakukan.


“Saya tidak akan menghabiskan masa dan wang untuk membersihkan imej saya. Saya hanya peduli kepada orang terdekat dan kenal saya. Selebihnya, saya tidak peduli.


“Saya hanya bahagia sekarang dan akan mengekalkan kebahagiaan ini,” akuinya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.311986 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list