CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2070|Reply: 0

Noguchi tawan Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba dari dari Jepun, Haruki Noguchi (tengah) meraikan kejayaan memenangi Perlumbaan 2 Pusingan 1 ARRC di Buriram, Thailand petang tadi. Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi mewakili Honda Asia-Dream Racing with SHOWA (kiri) dan Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR Team).

KUALA LUMPUR: Pelumba SDG MS HARC-PRO.HONDA.PH dari Jepun, Haruki Noguchi menawan Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand selepas memenangi Perlumbaan 2 Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), petang tadi.

Dengan kemenangan itu, Noguchi boleh tersenyum lebar untuk mendahului carta keseluruhan kelas ASB1000cc dengan 50 mata manakala juara bertahan musim lalu, Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing with SHOWA) berada di kedudukan kedua dengan 36 mata.

Mengekori rapat dalam carta keseluruhan adalah Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR Team), berkongsi 36 mata dengan Zaqhwan.

Pada Perlumbaan 2 hari ini, Zaqhwan menamatkan saingan di tempat kedua, ketinggalan 0.196 saat (s) dibelakang Noguchi yang melengkapkan 13 pusingan dengan 20 minit 57.031s.

Azlan pula melengkapkan pentas podium ditempat ketiga dengan 20:57.638s selepas memperoleh penamat di tempat kedua pada Perlumbaan 1, semalam.

"Satu permulaan yang tidak begitu teruk tetapi semua pelumba mempunyai kelajuan tersendiri. Meskipun saya berada di depan, hari ini tampak sedikit sukar buat saya. Namun pada selekoh terakhir, ia memberikan saya peluang dan saya gembira untuk kemenangan ini," kata Noguchi.

Dalam saingan SuperSports600cc, pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Khairul Idham Pawi terlepas untuk melakar kemenangan kedua ditangan pesaing mewakili Honda Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat.

Atiratphuvapat memenangi Perlumbaan 2 dengan catatan 20:02.187s, meninggalkan Khairul Idham 0.105s manakala pelumba Jepun (Yamaha Gen Blu Racing Team Asean), Soichiro Minamimoto melengkapkan pentas podium ditempat ketiga, 20:05.717s.

Pelumba Thailand itu kini mendahului carta keseluruhan kelas berkenaan dengan 45 mata, berkongsi mata dengan Khairul Idham manakala Minamimoto ditempat ketiga, 26 mata.

"Malam semalam, saya tidak boleh tidur kerana memikirkan mengenai perlumbaan dan apakah yang perlu dilakukan pada hari ini. Persaingan hampir sama dengan semalam namun saya cuba yang terbaik untuk mengawal penggunaan tayar sehingga pusingan terakhir.

"Secara peribadi, KIP (Khairul Idham Pawi) sangat kuat. Namun saya cuba memintasnya pada pusingan terakhir dan merapatkan jurang pada selekoh terakhir dan saya berjaya melakukannya," kata Atiratphuvapat.

Keputusan Perlumbaan 2:

ASB1000cc -

1. Haruki Noguchi (SDG MS HARC-PRO.HONDA.PH.) 20:57.031s

2. Md Zaqhwan Zaidi (HONDA ASIA-DREAM RACING WITH SHOWA) 20:57.227s

3. Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR TEAM) 20:57.638s

4. Andi Farid Izdihar (HONDA ASIA-DREAM RACING WITH SHOWA) 20:57.657s

5. Passawit Thitivararak (ASTEMO SI RACING WITH THAI HONDA) 21:00.091s

SS 600cc -

1. Nakarin Atiratphuvapat (HONDA RACING THAILAND) 20:02.187s

2. Khairul Idham Pawi (BOON SIEW HONDA RACING TEAM) 20:02.292s

3. Soichiro Minamimoto (YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN) 20:05.717s

4. Keito Abe (ONEXOX TKKR RACING TEAM) 20:05.924s

5. Azroy Hakeem Anuar (BOON SIEW HONDA RACING TEAM) 20:08.154s

Asia Production 250cc -

1. Rheza Danica Ahrens (ASTRA HONDA RACING TEAM) 18:38.595s

2. Jakkreephat Puettisan (HONDA RACING THAILAND) 18:47.427s

3. Muklada Sarapuech (HONDA RACING THAILAND) 18:47.463s

4. Cao Viet Nam (HONDA RACING VIETNAM TEAM) 18:55.146s

5. Aiki Iyoshi (MOTUL SNIPER MANUAL TECH) 18:55.206s

Underbone 150cc -

1. Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR RACING TEAM) 16:31.171s

2. Md Izzat Zaidi (CARDINALS FACTORY RACING TEAM ARRC) 16:31.275s

3. Wawan Wello (PITSBIKE JRT TECH 2 ONEWAY RACING TEAM) 16:31.418s

4. Reynaldi Pradana (LFN H. PUTRA 969 INDONESIA RACING TEAM) 16:31.423s

5. M Murobbil Vittoni (LFN H. PUTRA 969 INDONESIA RACING TEAM) 16:31.536s

TVS Asia One Make Championship -

1. Vorapong Malahuan (Thailand) 14:56.268s

2. Fugo Tanaka (Jepun) 14:56.69s

3. Decky Tiarno Aldy (Indonesia) 14:56.523s

4. Md Muzakkir Mohamed (Malaysia) 14:56.606s

5. Jagan Kumar (India) 14:56.825s

https://www.bharian.com.my/sukan ... raan-motosikal-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033991 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list