View: 3556|Reply: 25
|
[Tempatan]
Demi RM20 tergamak pijak ibu
[Copy link]
|
|
TANAH MERAH: Seorang anak dipercayai tergamak memukul, memijak, menampar dan menyepak ibu selepas enggan memberikan wang berjumlah RM20 bagi membeli dadah untuk melampiaskan nafsu ketagihannya di Kampung Gual Jedok di sini pada Ahad.
Tindakan itu menyebabkan warga emas berusia 65 tahun mengalami kecederaan bengkak di kepala, dahi dan mata serta sakit pada bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pintu rumah mereka.
"Ibu dan anaknya yang berusia 32 tahun itu dikatakan tinggal berdua di rumah tersebut.
"Semasa kejadian suspek telah bertindak menarik, menampar, menendang dan memijak kepala mangsa.
"Kejadian tersebut telah dirakam oleh cucu wanita terbabit yang tinggal bersebelahan dengan rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, kejadian itu berpunca daripada keengganan warga emas berkenaan memberikan wang kepada suspek sehingga dia sanggup bertindak luar kawalan.
Ujarnya, sebelum ini juga suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sering mengamuk meminta wang dengan mangsa.
Mohd Haki memberitahu, lelaki berkenaan yang merupakan bekas anggota tentera dan telah dibuang kerja pada tahun 2013 serta merupakan anak keempat daripada lima beradik.
"Ekoran daripada kejadian itu mangsa telah alami kecederaan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah.
"Suspek telah berjaya ditangkap dan hasil soal siasat awal mendapati dia telah mengaku memukul ibunya kerana tidak memberikan wang yang diminta.
"Hasil ujian air kencing menunjukkan lelaki berkenaan positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkait dengan dadah," katanya.
Astro Awani |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
penagih dadah ni patut dikurung dlm zoo dgn rimau |
|
|
|
|
|
|
|
semoga keluargaku dan keturunanku dilindungi dari segala bentuk najis dadah |
|
|
|
|
|
|
|
adegan biasa di negeri2 top mendadih mcm kelantan,ganu,kedah dan sewaktu dgnnyaa... |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah, kesiannye makcik tu, mesti sakit kne pijak dgn anaknye yg bdn berisi camtu |
|
|
|
|
|
|
|
gambar betul ke tu??  |
|
|
|
|
|
|
|
taik dadah pun dapat kad oku mental.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haram j sungguh ko ni dek |
|
|
|
|
|
|
|
OKU mental pun hisap dadah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dadah kannnnn
Elok la bagi buaya kat melaka TU makan
Jimat sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Badan sehat2 gedi, tapi mendadih.
Campak kat rail keretapi je time keretapi tgh lalu. Habis cerita |
|
|
|
|
|
|
|
jadi OKU lps kena buang askar sebab mendadih ke? mintak simpang laa mende mcam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak padan dengan boroi. Semoga diberikan hukuman setimpal. |
|
|
|
|
|
|
|
ko pakai spender jah khenss takde sarung seluar apa bagai? yihhhh tengok pon dah boleh agak mesti dok pakai ulang2 recycle berbulan tak basuh yucckkk |
|
|
|
|
|
|
|
OKU + mendadih = sek2 kitto mandi telanjeee
berat nanam  |
|
|
|
|
|
|
|
bagus kasi makan buaya ni sbb byk isi |
|
|
|
|
|
|
|
gedebeh gitu.. ngisap jugek ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi makan je dadah manusia sebegini dek. Kau sumbat je dadah banyak2 dalam mulot dia sampai dia berak2 usus bocor segala dek. Selagi tak mati, selagi tu kau sumbat syabu dalam mulut dia. Pehtu kau katup kurung dia dalam wad gelap takda tingkap biar mampos dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|