View: 7214|Reply: 23
|
Pengotornya! Hanya Cuci Rumah Beberapa Kali Dalam Tempoh 29 Tahun,Dah 100 Tahun Tak Bersihkan Katil Dan Cadar
[Copy link]
|
|
Cardiff: Bukan dua minggu atau sebulan, sebaliknya katil dan cadar yang dipercayai sudah berusia 100 tahun tidak pernah dibersihkan.
Cornelia Bayley, 74, mendakwa tidak pernah melakukannya sejak menetap di Plas Teg, rumah agam abad ke-17 di utara Wales itu.
Pengakuan itu dibuat ketika muncul dalam satu rancangan 'Obsessive Compulsive Cleaners' pada 2013.
 Foto: Agensi
Bekas peniaga barangan antik itu bergelut untuk mengekalkan rumah agam 10 bilik tidur sendirian sebelum meminta bantuan Hayley dan Dann untuk membersihkannya.
Mereka datang untuk tinggal di rumah Cornelia dan cuba memahami tabiat keterlaluan itu dan cuba mencari penyelesaian.
Kedua-dua mereka mengakui ia cabaran terhebat kerana rumah itu dipenuhi kekotoran dan Cornelia mengakui hanya mencucinya beberapa kali sepanjang 29 tahun.
Antara pengakuannya mengejutkan ialah dia tidak pernah mencuci katil atau tilamnya yang dipercayai berusia 100 tahun.
Selepas ditunjukkan bilik tidur, Hayley bertanya bila kali terakhir dicuci dan Cornelia menjawab tidak pernah.
Hayley yang menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) pada 2007 turut bertanya usia katil itu.
Cornelia menjawab mungkin 100 tahun dan ia cara orang dahulu hidup dengan dia melakukan perkara sama.
Dalam lawatan itu, Dan dan Hayley tidak dibenarkan oleh Cornelia untuk menggunakan sebarang produk pembersih, sebaliknya hanya air dan span.
Hayley berkata, tindakan itu tidak akan membunuh bakteria dan wanita itu memberitahu dia tidak kisah hidup bersama bakteria.
Mengimbas kembali rakaman video YouTube pada 2020, ibu kepada tiga anak itu berkata dia tidak tahu fungsi lain dan hanya boleh menggunakan air.
Katanya, itu adalah halangan pertamanya dan memikirkan bagaimana membersihkan tandas serta apa yang boleh digunakan.
Selepas menyelesaikan cabaran dengan menyental semuanya dengan air dan sedikit cecair pencuci, Cornelia gembira dengan kerja keras mereka.
Plas Teg ditutup kepada orang ramai untuk pembaikan dan Cornelia masih tinggal di situ. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tak busuk kepam ke umah tu oii |
|
|
|
|
|
|
|
Oh i tengok episode ni. Rumah ni penuh dgn barang2 antique yg dia collect, tapi dah reput2 dia simpan juga. Bilik air semua tak berfungsi tak tau la camne dia berak. Kitchen dia tak boleh guna kotor ya amat.
Nenek ni dia dulu rebutan jantan2 bangsawan dia ni model ke apatah masa muda. Sampai sekarang ex bf dia ongkaya raya yg maintain hidup dia, kasi duit bayarkan bill etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah tengok kat youtube.. owner tu pun dah berpuluh tahun tak mandi.. dapur semak gile berkerak. carpet penuh debu pasir cleaner nak pakai vacuum cleaner dia pun takut rosak..
Ujung2 masa opening cleaner tu hias letak bunga pasu kaca bagai tapi owner suruh buang.. tak sesuai konsep antik.. bleach cleaner pun tak kasi pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi video ni lama dah.. rancangan obsessive complusive cleaner.. nape baru masuk CI.. current issue la sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 24-3-2023 06:05 PM
Apa link youtube dia
https://youtu.be/03pgcpuoisI
Ni link dia. |
|
|
|
|
|
|
|
mizzmimi replied at 24-3-2023 06:14 PM
Macam pernah tengok kat youtube.. owner tu pun dah berpuluh tahun tak mandi.. dapur semak gile berke ...
Ingat tak derang vacuum carpet yg beratus tahun mengamuk dia. Dia tak tidur pun atas katil tu dia tidur atas kerusi kat bilik lain yg bertimbun2 barang kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 24-3-2023 06:19 PM
Ingat tak derang vacuum carpet yg beratus tahun mengamuk dia. Dia tak tidur pun atas katil tu dia ...
Macam2 dia punya don'ts tu. Nyampah tengok cleaner free pun nak marah2 haha.. Yang ingat cleaner pempuan tu bawak sendiri hoover / vacuum heavy duty tapi baru vac sikit dah penuh pasir..
|
|
|
|
|
|
|
|
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 24-3-2023 10:51 PM
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni
Yg ocd tu bukan harley ke? Yg dtg tuk cuci. Tuan rumah tu nama cornelia ke apa ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kat youtube, ramai pulak pasangan muda beli rumah agam lama kat kampung2. kemudian sendiri2 renovate sikit2 sampai elok balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti byk jin kat rumah dan dlm bdn dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu nak komen membina atau kecaman |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 24-3-2023 10:51 PM
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni
Nenek tu hoarder hehe yg depa hantar kemas rumah dia tu ocd. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la..baru tgk video tu semalam..i ingat nenek tu ocd 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya baru tgk video tu semlm..yg OCD si haley dgn dan...tuan rumah tu hoarder garang yakmat
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg adventurous sikit beli mansion/chateau kat france..yg popularkan trend ni si laki bini strawbridge
|
|
|
|
|
|
|
| |
|