CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3755|Reply: 0

Tiada gaji sejak 2022

[Copy link]
Post time 13-3-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tiada gaji sejak 2022


NO:ZE - FOTO Google

ANNYEONGHASEYO!

Malang buat peserta rancangan menari, Street Woman Fighter iaitu No:ze selepas kempunan gajinya sejak tahun lalu.

Agensinya, Starting House dilaporkan enggan membayar gajinya bermula April tahun lalu.

Justeru, dia mengambil keputusan memfailkan saman menuntut haknya daripada agensi terbabit di Mahkamah Daerah Tengah Seoul, baru-baru ini.

No:ze turut memohon agar kontrak eksklusif bersama agensi itu dibekukan buat sementara waktu sehingga kes saman berkenaan selesai.

Jurucakapnya mendedahkan, No:ze sebenarnya sudah menuntut gajinya banyak kali.

"Dia belum terima sebarang bayaran daripada agensi selama berbulan-bulan sejak April tahun lalu. No:ze ada meminta bayarannya banyak kali namun pengurusan sering menangguhkannya.

"Pada Ogos tahun lalu, mereka berkeras memutuskan untuk enggan membayar. Alasan diberikan adalah mereka mahu membuat kiraan semula dan hanya bayar wang pendahuluan selepas perbincangan," katanya.

Agensi terbabit ada membayar No:ze selepas dia memberi notis untuk tamatkan kontraknya kepada mereka. Bagaimanapun, agensi membalas bahawa penamatan kontrak itu adalah tidak sah.

Pada 8 Mac lalu, jurucakap agensi turut menjadikan kontroversi yang menimpa No:ze sebagai alasan gajinya ditahan. Ini kerana mereka mahu selesaikan isu berkenaan terlebih dahulu.

"Pecahan keuntungan belum ditetapkan pada suku pertama tahun lalu. Apabila pembahagian keuntungan itu hampir siap dibuat, kontroversi media sosial terbabit pula tiba-tiba tercetus.

"Disebabkan kontroversi itu, kami dalam situasi di mana segala kontrak boleh ditamatkan dan kami kena bayar sejumlah besar penalti. Selepas isu itu reda, kami hantar bayaran kepadanya," kata agensi itu.

Namun, pihak No:ze tetap teruskan saman terbabit kerana mendakwa agensi itu membuat pengiraan sewenang-wenangnya. Kepercayaan terhadap agensi itu juga sudah musnah.

Pada Julai tahun lalu, No:ze terpalit kontroversi selepas dituduh mengambil bayaran komitmen pengiklanan namun tidak tunaikan janjinya. Hantaran untuk komitmen itu dibuangnya beberapa hari selepas dimuat naik.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ada-gaji-sejak-2022

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list