CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3733|Reply: 0

Jonathan rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Oscar

[Copy link]
Post time 13-3-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Jonathan rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Oscar



Ke Huy Quan menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Academy 2023 yang kini berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). FOTO AP


Los Angeles: Pelakon Hollywood kelahiran Vietnam, Ke Huy Quan meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Academy 2023 yang kini berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Huy Quan atau dikenali Jonathan Ke Quan 51, yang melakonkan watak Waymond Wang, dicalon menerusi filem Everything Everywhere All at Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

Jonathan berkata, dia tidak pernah menyangka akan berpeluang memenangi anugerah hebat, Oscar itu berikutan sejarah silam lalunya yang berhijrah dari Asia ke Amerika Syarikat kira-kira 30 tahun lalu.

"Perjalanan saya bermula dengan menaiki bot. Saya menghabiskan masa setahun di kem pelarian dan entah bagaimana saya berakhir di sini di pentas terbesar Hollywood ini.

"Mereka kata cerita seperti ini hanya berlaku dalam filem. Saya tidak percaya ini berlaku kepada saya. Ini adalah impian Amerika," katanya dalam ucapan disampaikan dengan titisan air mata.

Beliau juga memberikan penghargaan terima kasih tidak terhingganya kepada pengarah filem terkenal, Steven Spielberg kerana pernah memberi peluang besar kepadanya membintangi filem pertama, Indiana Jones Temple of the Doom.

"Saya dibesarkan untuk tidak lupa dari mana asal saya, untuk sentiasa mengingati siapa yang memberi saya peluang pertama. Saya sangat gembira melihat Steven Spielberg di sini. Terima kasih," katanya.

Oscar adalah anugerah ketiga dimenangi Jonathan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

tahun ini selepas membawa pulang Anugerah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild 2023.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... bantu-terbaik-oscar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054644 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list