View: 6294|Reply: 0
|
Jersi JDT diundi paling buruk
[Copy link]
|
|
Jersi Nike diperkenalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023 dinobatkan sebagai jersi terburuk untuk bulan Februari 2023, hasil undian peminat di Footy Headlines. - Foto FOOTY HEADLINES
KUALA LUMPUR: Jersi Nike diperkenalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk musim 2023 dinobatkan sebagai jersi terburuk untuk bulan Februari 2023, hasil undian peminat.
Jersi kelab Liga Super Malaysia itu mendapat undian 39.8 peratus, selain reka bentuknya, peratusan tertinggi itu juga mungkin disebabkan kecenderungan peminat kelab lawan mengambil kesempatan di atas undian yang dijalankan oleh Footy Headlines itu.
Jersi RKC Waalwijk (Stanno) di tempat kedua dengan 24.1 peratus manakala Macron disarung Basel di tempat ketiga dengan undian sebanyak 16.9 peratus.
Sebanyak 20 jersi pasukan dipilih oleh laman web bola sepak antarabangsa itu sebagai jersi paling buruk dan undian dijalankan oleh Footy Headlines sehingga 10 Mac lalu bagi mencari tiga yang terburuk.
Antara jenama besar yang tersenarai termasuk Adidas dan Nike manakala jenama sukan popular lain antaranya Macron, Stanno dan Uhlsport. - AGENSI
Sebanyak 20 jersi pasukan dipilih oleh laman web bola sepak antarabangsa itu sebagai jersi paling buruk dan undian dijalankan oleh Footy Headlines sehingga 10 Mac lalu bagi mencari tiga yang terburuk.
https://www.bharian.com.my/sukan ... diundi-paling-buruk |
|
|
|
|
|
|
| |
|