CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2450|Reply: 0

[Perak] Bukan jodoh 'Ninja Turtle'...

[Copy link]
Post time 8-3-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

(Kanan) AHMAD Darobi Horiedin hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya dengan memakai kostum. (Kiri) AHMAD Darobi Horiedin. FOTO Ihsan AHMAD Darobi Horiedin

Ipoh: Meskipun tiada jodoh untuk bersama, jurugambar, Ahmad Darobi Horiedin tidak menyimpan dendam sebaliknya menguatkan diri untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.

Bagaimanapun, Ahmad Darobi, 28, tidak datang dengan memakai pakaian biasa sebaliknya menyarung kostum 'Ninja Turtle' untuk menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar.

Kisahnya itu mendapat perhatian netizen selepas Ahmad Darobi memuat naik videonya hadir ke majlis perkahwinan itu di TikTok, kelmarin.

Menceritakan kisahnya, Ahmad Darobi berkata, dia hadir ke majlis di Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu lalu kerana mendapat undangan daripada bekas teman wanitanya.

Dia tidak hadir berseorangan sebaliknya ditemani seorang rakan kerana tidak dapat ikut keluarga yang datang lebih awal.

"Dalam dua atau tiga hari sebelumnya (majlis), saya ada terfikir bagaimana untuk hadir ke majlis itu kerana boleh jadi emosi dan tak boleh nak lama di majlis itu.

"Entah macam mana, datang idea untuk pakai kostum jadi saya pun sewa dengan caj RM50 untuk enam jam.

"Jujurnya gementar dan janggal juga nak pakai kostum itu hingga terfikir mengapa sampai tahap begitu tetapi ketepikan perasaan malu untuk datang ke majlis berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ahmad Darobi, pada awalnya tiada siapa yang tahu identitinya namun ia disedari salah seorang rakan baik bekas teman wanitanya itu.

"Kebetulan, kawan baik dia (bekas teman wanita) ada di majlis itu dan dapat agak saya di sebalik kostum itu.

"Mulanya saya nafikan dengan geleng kepala tetapi mengaku juga akhirnya.

"Sebelum pulang, saya sempat bergambar dengan pasangan pengantin namun mereka biasa saja malah tidak tahu siapa saya mungkin sehingga ke hari ini memandangkan masih memakai kostum penuh ketika itu.

"Bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan sedar kehadiran saya selepas berterus terang dan nampak reaksi mereka seperti gembira bercampur sedih," katanya yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.

Ahmad Darobi berkata, kehadirannya ke majlis dengan memakai kostum itu bukan untuk menjadi 'perosak' tetapi lebih kepada memenuhi undangan.

"Kami menjalin hubungan sejak 2015 hingga tahun lalu namun ditakdirkan dia (bekas teman wanita) berkahwin dengan orang lain.

"Saya terima ketentuan Ilahi dan ikutkan perkongsian video di TikTok kelmarin itu sekadar untuk disimpan sebagai kenangan.

"Tak sangka pula dapat perhatian ramai malah terharu kerana rata-ratanya (netizen) tinggalkan komen positif," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -jodoh-ninja-turtle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.158221 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list